Anda telah mendapat pekerjaan baru atau kenaikan pangkat, dan anda teruja untuk ke tempat kerja. Malangnya, tidak semua orang berasa teruja. Ada yang cemburu, ada juga yang merasakan anda tidak layak untuk jawatan itu disebabkan anda terlalu muda dan kurang pengalaman.

Abaikan mereka! Ianya tidak penting dan bukan tugas anda untuk menguruskan perasaan ragu-ragu mereka terhadap anda, tetapi apa yang penting adalah bagaimana anda menguruskan situasi itu. Jangan biarkan situasi ini down kan anda, sebaliknya ambillah ia sebagai chance untuk menjalankan dan menunjukkan kepada mereka who you are and why you deserve this position .

Berikut adalah tujuh cara untuk membantu anda berjaya di pekerjaan yang orang percaya anda tidak layak:

1. Abaikan anasir-anasir negatif.
Tidak kira apa yang anda lakukan, akan ada seseorang yang tidak bersetuju dengan tindakan anda. Jangan biarkan fikiran negatif orang tersebut mempengaruhi anda. Shake it off and believe in yourself. You know yourself better than anyone else!

2. Menyimpan “musuh” anda dekat.
Jangan asingkan diri anda dengan mereka yang tidak berpuas hati terhadap anda. Pengasingan akan menunjukkan persekitaran “anda VS mereka”. Jangan duduk sendirian ketika lunch dan jangan elakk dari melakukan eye-contact. Apabila anda nampak mereka, jadi mesra dan cakap “hello. Tunjukkan kepada mereka yang anda seorang yang profesional.

3. Tahu bagaimana rasanya “Cemburu”
Walaupun anda tidak mahu menjadi negatif, ia adalah penting untuk anda mengingat kembali bagaimana rasanya iri hatiatau ketidakadilan. Ambil peluang untuk menjiwai dan melibatkan emosi dengan perasaan itu dan ianya akan membantu anda mengawal hubungan anda dengan rakan-rakan. Ia akan membantu anda mengingati bahawa “haters/musuh” adalah manusia seperti anda.

4. Kekal berhubung dengan bulatan peribadi anda.
Bekerja dengan orang yang tidak suka anda adalah mencabar. Untuk mengekalkan perspektif yang bagus, teruskan berhubung dengan orang di luar kerja seperti rakan-rakan dan ahli keluarga. Orang-orang ini dalam hidup anda, boleh membantu anda memberi tumpuan kepada apa yang lebih penting dan kekal positif.

5. Jangan buang masa untuk buktikan yang “mereka” salah.
Membuktikan yang “pembenci adalah salah” merupakan reaksi biasa bagi semua orang. Tapi, jangan lakukan nya. Membazirkan masa dan tenaga anda kepada orang lain semata-mata untuk buktikan yang mereka salah akan menghilangkan tumpuan anda kepada kerja andaa. Sebaliknya tumpukan masa dan tenaga anda untuk mencapai matlamat dalam jawatan baru anda.

6. Jangan menjadi diktator.
Apabila orang tidak suka anda berada dalam kedudukan yang tertentu, perkara terakhir yang mereka mahu adalah untuk diarah oleh anda. Jangan hanya pandai mengarah mereka tentang apa yang perlu dilakukan tetapi bantulah mereka untuk capai matlamat syarikat. Work well with your enemy and you will grow together successfully.