Hai! semua pencinta-pencinta kucing semua! MF tahu siapa yang baca tips ni mesti suka kucing kan! Kucing korang mesti pernah kan kencing sesuka hati dia je kan.

Kadang-kadang tu mesti korang rasa geram je.. tapi nak buat macam mana da kucing kesayangan korang kan. Sabar je la..hehe..

Sekarang MF nak bagi petua-petua untuk halang kucing korang tu dari kencing merata-rata terutamanya dalam rumah.

1. Serai

Kalau korang nak tahu kucing ni anti sangat dengan bau serai! Jadi, korang cepat-cepat la pergi beli produk yang berasaskan serai yang ada di pasaran.

Korang sembur je di tempat yang selalu kucing korang kencing tu. Tapi lagi bagus kalau korang ambil je serai dan letakkan batang serai di setiap sudut-sudut rumah korang.

2. Belerang

Korang tabur la belerang tu di setiap penjuru dinding rumah. Belerang ni mempunyai sifat yang panas dan berbau.

Jadi ia akan menghalang kucing korang dari kencing merata-rata.

3. Lada Hitam’

Mula-mula korang didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu serbuk lada hitam. Biarkan selama 2 hingga 5 minit.

Kemudian masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di tempat yang kucing korang kencing tu k!

4. Cuka

Tapi kalau kucing korang tu masih degil kencing sesuka hati dia je walau dah macam-macam petua yang korang dah cuba, korang boleh guna cuka.

Cuka ni mampu menghilangkan dan membersihkan bau kencing kucing korang yang busuk tu!

Okey tu sajalah petua-petuanya. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *