Rasanya semua orang stress bila habuk macam magnet senang je melekat pada kipas yang baru je kita basuh. Tak sampai seminggu dah ada habuk dan kotoran.

Nak tahu rahsia untuk elakkan habuk dari senang melekat pada kipas? Haaa, jom kita tengok! Caranya amatlah senang dan mudah.

Tak perlu berbelanja mahal! Hanya dengan menggunakan pelembut pakaian je tau!
Ikuti cara-cara seperti ini:

1. Bersihkan kipas seperti biasa.

2. Tuangkan 1-2 penutup pelembut pakaian ke dalam mangkuk.

3. Ambil span dan celupkan ke dalam pelembut pakaian tadi. Sapukan pada bilah dan jaring-jaring kipas korang tu.

4. Biarkan selama 5 minit sebelum korang bersihkan semula dengan air.

5. Keringkan kipas korang tu sebelum digunakan seperti sedia kala tanpa risau pada hapuk yang senang melekat!

Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *