“Aku perasan dia dah lain sangat.. tak macam dulu.. Dia dah tak sayangkan aku lagi ke..”

Inilah yang akan bermain di fikiran anda, apabila anda merasakan perubahan yang ketara daripada pasangan anda.

Jika dulu, anda lah orang yang paling dia rindu, namun kini, anda pun dia tak cari dah.

Setiap perhubungan sama ada yang sudah berkahwin, mahupun yang mempunyai kekasih hati, pasti timbulnya masalah tentang kesetiaan dan kepercayaan.

Ini kerana kedua-dua perkara tersebut merupakan yang paling penting untuk mendapatkan hubungan yang berkekalan.

Anda ingin tahu tanda-tanda pasangan anda curang? Jom baca lima tanda-tanda penting ini!

1. Jarang berhubung
Jika pasangan anda sudah mula menunjukkan sifat tidak endah kepada anda, apatah lagi untuk menjenguk anda dikala anda sibuk mahupun sedang sakit, anda dan pasangan anda perlu duduk berbincang mengenai perkara tersebut.

2. Sering mengelak untuk berjumpa
Apabila pasangan anda asyik mengelak dari berjumpa dengan anda, cuba bertanya pada si dia kenapa dan jika sudah banyak kali diberinya seribu satu alasan, sudah patut anda perbincangkan tentang status perhubungan kalian.

3. Pantang bila melihat anda menyentuh telefon bimbitnya
Tanda-tanda paling ketara si dia mempunyai orang lain adalah apabila anda mungkin berniat hanya untuk melihat telefonnya atau bermain game dan disaat itu juga anda dimarahinya tanpa sebab yang munasabah. Takkanlah sudah lama bersama sebelum ini tidak pernah pula dimarahinya, tetapi apabila melihat telefon bimbitnya secara tiba-tiba anda dimarah tidak tentu pasal.

4. Cara si dia menghantar mesej atau Whatsapp kepada anda berbeza dari sebelum ini
Mungkin ini juga satu petanda di mana pasangan anda sudah mula melayan anda dengan mesej yang sangat ringkas dan asyik memberi alasan sedang berbuat kerja walaupun pada waktu tengah malam atau hari cuti.

5. Minta putus tanpa alasan munasabah
Ini memang selalu jadi! Jika pasangan anda semakin kerap dengan 1,001 alasan dan secara tiba-tiba minta putus dengan anda dengan alasan yang tidak munasabah, pasti ada sesuatu tak kena dengan si dia.

Sumber : Hanasuva