Satu ujian personaliti telah dibuat berdasarkan gaya tidur seseorang individu. Enam posisi tidur yang kerap kali dilakukan diambil sebagai salah satu bahan uji kaji selidik.

Berikut merupakan hasil ujian yang telah dijalankan. Jom semak sama ada betul atau tidak personaliti ini berdasarkan gaya tidur anda.

Posisi 1

Jika anda tidur tanpa membengkokkan sedikit bahagian kaki dalam keadaan mengiring, anda seorang yang tenang dan boleh dipercayai. Anda bukan jenis mudah terasa dan berani hadapi masalah.

Posisi 2

Anda yang gemarkan tidur posisi seperti janin adalah seorang yang inginkan perlindungan, mudah memahami dan penuh dengan sifat simpati. Personaliti anda juga terdorong ke arah potensi menjadi seorang yang pandai menari dan menulis blog.

Posisi 3

Bagi anda yang tidur meniarap lebih kepada mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, bijak mengambil peluang. Anda juga seorang yang teliti dan tidak suka menangguh kerja, serta berpotensi untuk mencapai kejayaan yang besar.

Posisi 4

Jika anda gemar tidur secara terlentang, anda berkemungkinan besar seorang yang positif. Seorang yang inginkan perhatian dan akan lakukan apa saja untuk mencapai sesuatu yang diingini dan mempunyai personaliti yang sangat dominan.

Posisi 5

Jika anda tidur dalam posisi berbaring tegak dengan tangan di sisi, anda seorang yang mudah untuk ditegur. Anda tahu apa yang diinginkan dan berusaha untuk dapatkannya. Seorang yang tegas dan selalu ingin yang terbaik dalam semua perkara.

Posisi 6

Bagi mereka yang gemar tidur sebelah kaki diangkatkan sedikit pada bahagian sisi, anda cenderung mempunyai personaliti yang tidak menentu dan mudah tertarik pada sesuatu perkara yang mencabar. Anda juga sangat sukar untuk membuat sesuatu pilihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *