Sememangnya ramai lelaki idamkan wanita yang cantik, bijak dan pandai bergaya tetapi kalau sekadar berangan tapi tak usaha, jangan haraplah angan-angan tu boleh jadi kenyataan.

Tapi mesti ingat, nak dapatkan pasangan yang miliki kesemua ciri-ciri tersebut mungkin memakan masa dan perlukan usaha yang tinggi.

Kata orang, tiada jalan singkat untuk capai kejayaan. Kami kongsikan 10 cara untuk merealisasikan impian anda.

1. Kenal pasti siapa sasaran anda

Cuba cari di tempat yang sepatutnya. Contohnya, kalau minat dengan perempuan badan macam atlet, kenalah pergi cari di gim.

2. Kena berani perkenalkan diri

Perlu jadi anak jantan, jangan waktu nak bergaduh je tunjuk gengster. Ingat, wanita yang anda minat itu bukannya makan orang pun!

3. Jangan syok sendiri cakap pasal kisah diri sendiri je

Janganlah cerita pasal kisah hidup anda seorang je, tanyakan soalan mengenai dirinya, baru dia dapat rasa anda ni jenis caring. Wanita ni sukakan lelaki penyayang.

4. Kena show off sikit, tapi jangan lebih-lebih

Cuba kongsikan cita-cita atau matlamat dalam hidup anda. Si dia mahukan lelaki yang mempunyai perancangan masa depan yang rapi. Tapi bukan jenis berlagak.

5. Jangan sesekali bagi ‘Pickup Line’ bodoh

Ayat pickup line tidak berkesan dalam dunia realiti tetapi ia boleh buat wanita idaman anda tersenyum dan ketawa. Perhatikan reaksi si dia sebab boleh nampak sama ada dia tertarik dengan anda.

6. Jadi diri sendiri

Anda mungkin tidak ada rupa tetapi keyakinan diri mampu membuatkan wanita anda lebih tertarik hati. Jadi diri sendiri kerana kejujuran sangat mustahak dalam memulakan perhubungan.

7. Beranikan diri ajak keluar kali kedua

Jika rasa dah berkenan, beranikan diri untuk ajak dia untuk keluar sekali lagi. Sebab masa tu baru boleh tahu sama ada pasangan anda tu betul-betul berminat!