Kelibat Pelakon kacak Jehan miskin sekarang amat jarang kelihatan dan ditonton dalam drama dikaca televisyen, Mungkin kerana kesibukkannya dengan tugas-tugas yang lain menyebabkan dia jarang beraksi dan berlakon di pentas lakonan lagi. Persoalannya, di manakah dan adakah beliau sudah bersara di dalam Bidang Seni ?

Apabila disebut nama Jehan Miskin sebenarnya tidak asing lagi dan popular dalam dunia seni tanahair. Beliau juga merupakan seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia. Semenjak memulakan kerjaya di dalam iklan Winston Kickboxer pada tahun 2001, anak kelahiran dari Pulau Pinang ini sudah terlibat dalam beberapa penggambaran iaitu empat iklan televisyen dan satu iklan cetak.

Beliau telah memulakan kerjaya lakonan dalam sebuah program dan rancangan 3R pada tahun 2003, dan telah memegang peranan watak yang utama buat julung kalinya dalam telemovie Dengan Nama Cinta pada tahun yang sama.

Semenjak itu, beliau sudah terlibat dalam lebih 20 judul rancangan televisyen yang berbeza, terutamanya Gila-Gila Pengantin, Manjalara dan Inspirion. Jehan mula berkecimpung dalam lakonan layar besar pada tahun 2005 melalui filem Qaisy & Laila yang dirakam di Afghanistan.

Jehan juga dikenali sebagai pengacara televisyen versi Malaysia rancangan realiti So You Think You Can Dance dan tiga. Patutlah Jarang Berlakon, Lihat Koleksi Foto Terkini Jehan Miskin Yang Mengejutkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *