Siapa yang tak nak kahwin?? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan. Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum??

Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal.

Kami kongsikan 13 tips mudah untuk kumpul RM20,000 bagi anda yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!

1. BUAT TABUNG KAHWIN
Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

2. RAMAI YANG MENYESAL SEBAB TAK SIMPAN AWAL-AWAL
Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tak la bersusah di kemudian hari. Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tak ada.

3. LELAKI ATAU PEREMPUAN, MULAKAN SEKARANG
Kalau majlis anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000.

4. BARU ADIL & SAKSAMA
Lelaki kumpul duit kahwin untuk buktikan dia mampu dan kuar berusaha. Dah kahwin nanti nak jadi ketua keluarga.

5. BIAR SUSAH SAMA-SAMA
Yang perempuan pulak sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu.

6. KALAU TERPAKSA PINJAM BANK, MAKNANYA ANDA BELUM MAMPU LAGI
Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagu untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada je.

7. KALAU SEBELUM KAHWIN TAK MAMPU SIMPAN JANGAN AMBIL LOAN
Ini ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500. Memang senak bak bayar nanti.

8. BUAT SIMPANAN BULANAN BERSAMA PASANGAN
Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama paangan. Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib.

9. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN JE
Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.

10. DIY SENDIRI PELAMIN, KURANGKAN BAJET KAHWIN
Kalau korang ni jenis kreatif, boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang.

Sumber: Harith Faizal