Persoalan yang sangat menarik. Kenapa haiwan lain sangat suka akan capybara? Persoalan ini telah timbul pada laman Tumblr, jadi kami terpanggil untuk mengupasnya dengan lebih lanjut.

Capybara adalah tikus terbesar di dunia. Ia juga disebut sebagai chigüire. Lazimnya, ia setinggi 2 kaki (60 cm), ada juga yang membesar sehingga 134 cm dan berat mencecah 66 kg! Ia berbulu coklat dan ciri fizikal mukanya seperti memerang, dan tidak berekor.

Gambar-gambar ini membuktikan segalanya. Nampak gayanya, semua haiwan suka melepak dengan makhluk yang kelihatan seperti hibrid tikus dan khinzir ini. Termasuklah buaya!

Kembali pada soalan di atas, jawapannya adalah capybara merupakan sejenis haiwan yang suka bersosial dan biasanya hidup bersama kumpulannya yang terdiri daripada 10-20 ekor.

Makhluk comel ini merupakan mamalia separa akuatik yang lebih suka tinggal berhampiran dengan gigi air. Malah, ia juga pandai berenang. Ia boleh mengelak daripada dikesan oleh pemangsa dengan menenggelamkan diri mereka selama 5 minit di dalam air.

Sumber : Era Baru