Seperti yang kita tahu Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 sedang berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur bermula semalam.

Maka pasti ramai selebriti yang turut terlibat dalam event besar-besaran ini.

Tidak terkecuali jutawan kosmetik Nur Sajat yang turut hadir dan membuat penampilan istimewa di dalam slot Zery Zamry.

Sajat yang mengenakan pakaian dress pendek berkonsepkan lace hitam serta berkasut tinggi halus membuatkan ramai ternganga melihat kecantikannya.

Gitew❤️

A post shared by NUR SAJAT PEREMPUAN (@nursajat02) on

Namun, seperti biasa tidak semua yang bersetuju dan memuji dirinya.

Melalui sebuah video pendek yang dimuat naik menyaksikan dia memberi bunga pada pereka fesyen kesayangannya itu, maka ramai netizen mengutuk dan memerli cara penampilannya di malam tersebut.

Berang dengan keterlanjuran komen daripada pengikutnya, Sajat bertindak membidas kata-kata netizen dengan kata-kata yang cukup sinis.

“Mana kala tak laku!!! Muka berjerawat, entah2 badan, kemaluan atau seangkatannya pun berjerawat… sebab tu gatal tangan tengok orang lain cantik dari dia… single konan… mana kala tak LAKU!!! Pirah mabuk!!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sungguhpun begitu, Sajat langsung tidak hiraukan apa sahaja yang dikatakan oleh netizen dan terus muat naik gambarnya bersama pakaian yang dikatakan terlalu seksi itu.

Ini dia beberapa gambar Nur Sajat sepanjang berada di KLFSW 2017


Apa Kata Anda???

Sumber : Media Hiburan