Itulah pengakuan penjaga gol skuad bola sepak B-22 tahun negara, Haziq Nadzli, yang menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan 1-0 dan pingat emas buat Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Insiden yang berlaku pada minit ke-39 yang berpunca daripada sepakan sudut lawan sehingga menyebabkan Haziq tertumbuk bola ke gawang sendiri jelas menjadi igauan buruk buat skuad muda negara.

Ia seakan-seakan mengulangi tragedi 2001, di mana kesilapan penjaga gol Malaysia, Kamarulzaman Hassan, menyaksikan skuad negara tewas di tangan Thailand di venue dan keputusan yang sama, 1-0 di Stadium Shah Alam.

Walaubagaimanapun, Haziq menegaskan kesilapan itu bukan sesuatu yang disengajakan.

“Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain,” katanya.

Haziq tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Haziq memiliki penjelasan tersendiri ketika berbicara mengenai kesilapan yang dilakukannya itu.

“10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah.” –

Sumber: Stadiumastro