Siapa yang tidak marah kalau dapat tahu pasangan dia curang kan? Tetapi apa yang dilakukan wanita ini sememangnya di luar jangkaan dan sangat ekstrem!

Seorang wanita dari Vietnam yang sedang mengandung baru-baru ini mendapat tahu suaminya berada di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang wanita.

Berang dengan apa yang berlaku, wanita yang kecewa itu bertindak memasukkan cili padi ke dalam kemaluan wanita simpanan suaminya itu. Insiden tersebut dilaporkan berlaku di wilayah Thai Nguyen di Timur Laut Vietnam pada 18 Julai 2017.

Aduhai, peritnyaaa!
Ly Chanel, 23, telah lama berasa curiga dengan suaminya, Chien Keo, 24, kerana sering kali menghilangkan diri selama berjam-jam.

Menurut Daily Mail, Ly bersama empat rakannya membuat keputusan untuk mengekori Chien pada satu malam dan mendapati suami yang telah dikahwininya selama 7 bulan itu sedang menuju ke sebuah motel.

Mereka kemudian terus mengekorinya masuk ke dalam bilik tersebut dan mendapati seorang wanita berada di dalam bilik itu. Rakan-rakannya kemudian terus menahan wanita berkenaan daripada melarikan diri.

Tanpa menunggu lebih lama , Ly menyarungkan sarung tangan getah dan menarik seluar dalam wanita simpanan suaminya itu, membuka sebungkus beg plastik yang dipenuhi dengan cili padi merah yang sangat pedas dinamakan ‘birds eye chilli’ dan memasukkannya ke dalam kemaluan wanita berkenaan.

Wanita tersebut kemudian mengerang kesakitan sementara seorang rakan Ly mengambil beberapa gambar serangan yang dilakukan itu.

‘Birds eye chilli’ yang digunakan Ly itu dilaporkan mempunyai skor 200,000 Scovilles iaitu EMPAT KALI lebih pedas daripada cili padi merah Thai yang biasa kita makan. Ouucchhhh!

Selepas gambar-gambar kejadian itu dimuat naik di internet, Ly dan rakannya menerima kecaman orang ramai kerana tidak mensasarkan suami sebaliknya menyerang wanita itu dengan kejam.

Wanita yang mengandung 3 bulan itu memberitahu media,

“Macam mana dia ambil berat tentang saya tetapi kemudian dia curang dengan perempuan lain. Seorang wanita yang merosakkan sebuah keluarga.”

“Wanita mudah memaafkan tetapi tidak akan pernah lupa. Perasaan cemburu itu menyakitkan. Dia akan tahu nanti.”

“Ramai orang bencikan saya sekarang, tapi itulah kehidupan, anda tidak boleh puaskan hati semua orang.”

Sehingga kini pihak polis tidak menerima apa-apa laporan tentang Ly daripada mangsa. Jika mangsa membuat laporan, Ly boleh didenda di antara RM390 hingga RM556 kerana menyebabkan kecederaan.

Tidak kira apa, tindakannya terhadap wanita berkenaan sangatlah teruk. Meskipun ditipu suami, itu bukanlah tiket untuknya menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Kalau suami tu tak melayan, takdenya jadi macam tu kan. Bagi muka dekat buaya darat tu buat apa!

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *