Ini kerana isterinya itu di katakan telah membuatkan dia mengalami trauma dan juga melalui sengsara dari segi psikologi akibat terkejut melihat wajah sebenar isteri setelah dia menanggalkan make-up.Sebelum berkahwin dia di lihat sangat menarik di mata lelaki itu namun setelah kahwin, wajahnya jauh berbeza dari yang sebelumnya.

Semasa menjelang hari perkahwinan, semuanya nampak sempurna bagi mereka yang sedang berkahwin. Pengantin di lihat sangat gembira dan selalu mengukir senyuman manakala hadirin dan rakan taulan yang hadir turut menumpang bahagia.

Namun begitu, sisi hidup seseorang kita akan kenal dengan lebih jelas bila masuk sahaja alam perkahwinan. Begitu juga dengan seorang lelaki dari Algeria ini. Setelah melalui malam pertama perkahwinan, dia nekad untuk menyaman isterinya dengan jumlah saman mencecah hingga 20,000 dollar iaitu lebih kurang RM 80,000.

Ini kerana isterinya itu di katakan telah membuatkan dia mengalami trauma dan juga melalui sengsara dari segi psikologi akibat terkejut melihat wajah sebenar isteri setelah dia menanggalkan make-up.Sebelum berkahwin dia di lihat sangat menarik di mata lelaki itu namun setelah kahwin, wajahnya jauh berbeza dari yang sebelumnya.

Berita ini telah tular di laman sosial dan isteri tersebut di katakan telah mengenakan make up tebal untuk menutup kekurangan wajah yang sebenar.

Hal ini juga selalu di lakukan oleh kebanyakan wanita di mana sahaja mereka berada dengan cara menggunakan make up tebal bagi menutup masalah kulit di wajah sama ada mempunyai jerawat, wajah kusam dan lain-lain.

Inilah di katakan kuasa make up.Namun hati-hati para wanita, tidak semua lelaki boleh menerima situasi begini setelah berkahwin.

Sumber