Setiap insan semestinya ada hubungan istimewa, juga kenangan antara satu sama lain, tidak kiralah sesame manusia, atau haiwan kesayangan.

Kisah yang mendapat simpati, dan rasa sedih dari netizen ini, sudah cukup membuktikan bahawa jika kita memberikan kasih sayang kepada insan, atau pun kucing sekali pun mereka pasti akan menjadi teman kita buat selamanya.

‘Abang’, panggilan yang diberikan kepada kucing milik saudara Azreen MJ yang mana telah pergi buat selamanya baru-baru ini, akibat terlalu rindu akan tuannya, yang juga merupakan ayah kepada saudara Azreen.

Mari kita ikuti kisah yang boleh membuatkan air mata turut bergenang.

Gambar sebelum pergi ke kubur semalam.
11 Mei 2017

-Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya-

10 Mei 2017

Genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali kerahmatullah.

9 Mei 2017

Ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya.

Seusai solat. Aku berkata dengannya, “abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya”. Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali”. Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.

Gambar ketika dikubur semalam. Melepaskan rindu.

Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya.

Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.
Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal.

Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada. Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.

Nanti kat sana ‘abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang.

Kucing bernama ‘Abang’.
Sahabat, atok iaitu ayahandaku.

Al Fatihah.

Gambar sebelum pergi ke kubur semalam

Gambar ketika dikubur semalam tengahari.

Siap baring menemani tuannya. Allahu

Siap ku kebumikan ia pagi tadi. Allahurobbi.

Begitulah, besarnya kasih sayang antara tuan, dan kucingnya.

Sumber : era viral