Penyanyi Dangdut Malaysia yang dulunya pernah popular dengan lagu cintaku 100% mempunyai anak gadis berusia 18 tahun bernama Nur Dayini Asyiqah.

Melihat wajah terkini Dayini, saling tak tumpah seperti ibunya.

“Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ini” kata mas Idayu.

Khabarnya anaknya ini memang hebat dalam bermain piano dan juga mempunyai bakat nyanyian dalam bidang nyanyian seperti ibunya. Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?