Baru-baru ini, ramai lelaki di Thailand ‘jatuh sakit’ dan meminta untuk ditahan di wad. Bukan sehari, bukan dua hari tetapi selama yang boleh. Bukan di semua hospital tetapi berlaku di sebuah hospital di mana seorang jururawat yang menawan bekerja di situ.

Jururawat yang berjaya menawan hati ramai jejaka itu bernama Pimchanok Chumpuchai yang berasal dari Muang Nan, Thailand.

Memang cantik macam model jururawat ni!

Si cantik ini sememangnya seorang jururawat bertauliah, bukanlah hanya memakai uniform atas tujuan sesi fotografi. Malah, dia berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Christian, Thailand. Tahniah!

Dek kerana rupanya yang menawan itu, Pimchanok ternyata berjaya mencuri hati ramai dan mempunyai lebih 27,300 pengikut di Instagram serta 395,000 di Facebook.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat sahih mengenai hospital tempatnya bekerja. Maklumat itu masih menjadi misteri. Baguslah macam tu kan.

Confirm ramai tengah cari maklumat tempat kerja dia. Hahaha!