Artis yang berasal dari Pantai Timur ini sememangnya cantik dan mempunyai bakat yang tersendiri. Pastinya ramai yang meminati mereka ni.

Niena Baharun

Niena Baharun merupakan seorang model dan pelakon yang berasal dari Kelantan.Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz yang disiarkan di TV3.

Nora Danish


Nora binti Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish. Merupakan seorang pelakon yang berasal dari Kemaman, Terengganu ini terkenal kerana memegang watak utama Puteri dalam siri komedi tempatan Puteri .

Emma Maembong

Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992) atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong, juga berasal dari Terengganu. merupakan seorang pelakon dan model wanita . Emma Maembong Terkenal kerana Kau Yang Terindah,Projek Memikat Suami,Astana Cinta Aleesa,Yes Boss,Isteri Separuh Masa,Tersuka Tanpa Sengaja,#AssalamualaikumCinta.
Neelofa


Noor Neelofa binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa ialah seorang pelakon,pengacaradan model iklan.Neolofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.
Nelydia Senrose


Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen (lahir 30 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senros ialah seorang pelakon wanita dan merupakan adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon. Beliau mula bergiat aktif sejak 2007 dan telah tampil dalam beberapa drama televisyen, dan mula dikenali melalui drama Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina.Pada tahun 2015, beliau memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Pilihan di Anugerah Drama n Festival Kuala Lumpur 2015.

Sumber : pisangcheese