Aktor mahupun aktres selalu memberikan persembahan terbaiknya untuk memegak watak bagi suatu karakter. Bahkan tak hanya persembahan, mereka juga harus rela berjam-jam dimakeup untuk menjadi karakter yang lain dari yang lain.

Seperti apa barisan aktor aktres yang sangat berbeza setelah mendapatkan sentuhan makeup? Jom lihat wajah mereka.

Ralph Fiennes, memegang watak Voldemort ini sungguh sangat tak disangka. Ramai gadis yang akhirnya jatuh hati kepadanya setelah tahu siapa wajah sebenar dibalik watak Voldemort ini.

 

Ini dia Naomi Grossman, wajah untuk watak Pepper dalam siri American Horror Story. Beza sangatkan dengan wajah asalnya?

Sudah tak dinafikan lagi jika mendiang Heath Ledger berjaya menghidupkan karakter Joker menjadi seseorang yang gila dan psycho.Khabarnya, dia sendiri yang meminta untuk solek wajahnya sendiri, supaya hasilnya seperti yang diinginkan.

Eddie Redmayne pernah memegang watak sebagai wanita bernama Lili dalam THE DANISH GIRL. Sebenarnya dia lebih selesa jika dapat pegang watak sebagai seorang wanita.

Inilah rupa Richard Brake ketika menjadi The Night King dalam siri GAME OF THRONES. Make up yang dikenakannya disempurnakan lagi dengan penambahan CGI.

Eddie Murphy berjaya membuat banyak peminatnya tak kering gusi dalam watak sebagai Saul dalam COMING TO AMERICA.

Aktor serba boleh Johnny Depp memegang watak sebagai James Bulger dalam filem BLACK MASS. Makeup yang digunakannya pun juga luar biasa, kerana seolah-olah memperlihatkan dirinya sudah botak.

Daniel Radcliffe berperanan sebagai Ig Perrish dalam filem HORNS

Sumber : Hangat.com