SEORANG model yang bergantung kepada punggungnya untuk menghasilkan wang, sanggup beli insurans sebanyak RM1.2 juta demi melindungi asetnya selebar 110 sentimeter (cm) itu.

Ia selepas insiden dia pernah diraba ketika muncul menerusi rancangan televisyen yang disiarkan secara langsung sekitar Februari lalu.

Rayssa Teixeiro Melo, merupakan model bikini dari Brazil. Selain memperagakan bikini, dia juga seorang penari dan pakar pemakanan.

Dengan adanya jaminan skim insurans itu, ia akan dapat melindungi maruah punggungnya sekiranya berlaku kemalangan atau diraba lagi.

“Saya perlu mempertahankan punggung saya, ia adalah 110 cm,” katanya. Bagaimanapun punggung Rayssa bukannya punggung asli sebaliknya telah disuntik dengan silikon.

Rayssa merupakan antara model yang popular di negaranya dan mempunyai sejumlah 526,000 pengikut dalam laman sosial Instagram miliknya.

Namun selepas punggungnya diraba dalam rancangan televisyen pada Februari lalu, dia dikatakan memutuskan untuk membeli insurans terbabit.


Dalam rancangan TV tempatan itu, Rayssa telah mengamuk dan menumbuk hos rancangan berkenaan sebelum meninggalkan set program berkenaan.

Ketika itu Rayssa dijemput untuk menunjukkan cara penggunaan krim badan dan dia telah memberikan peringatan bahawa hanya bahagian perut, tangan dan kakinya sahaja yang boleh disentuh.

Namun hos itu telah menyentuh punggungnya menyebabkan Rayssa telah menumbuk lelaki itu kerana biadab dan tidak menghormatinya. – MYNEWSHUB.CC