Tidak mahu berpisah daripada anaknya walaupun keadaanya tidak mengizinkan,dia berusaha untuk menyusukan bayinya sendiri walaupun bayi tersebut diangkat dengan bantuan orang lain.

Yanti merupakan seorang gadis OKU yang lumpuh dan hanya mampu melihat keadaan di sekitarnya sahaja. Ketika pemberita sampai di tempat tinggalnya,Yanti masih boleh menjawab salam walaupun suaranya tidak jelas.

Dia kelihatan lemah dan tidak berdaya di lantai tikar yang hampir usang buatan ibunya sendiri. Kemudian dia mengerang dan melenguh tanpa jelas apa maksud dan ucapannya itu? Tidak lama selepas itu secawan teh panas di hantar oleh seorang wanita separuh abad kepada kami bertiga.

Di sebelah Yanti baring terdapat seorang bayi kecil putih comel yang dilahirkan lapan bulan lalu,disinilah keistimewaan Yanti uang tidak dimiliki oleh orang lain.

Ketika terdapat manusia yang sanggup membunag dan membunuh bayi mereka yang tidak diinginkan,Yanti malah menjaga bayinya walaupun tidak itu adalah hasil hubungan dari seorang lelaki yang tidak memilikihati perut yang sanggup merogolnya.

Image result for Kisah sedih Wanita OKU Mangsa Rogol Tak Nak Berpisah Dengan Bayinya.

Bahkan kata ibunya aabila ada orang kampung yang datang cuba mengambil bayi Yanti untuk dijaga,Yanti akan menjadi marah dan memeluk anaknya dengan erat sambil menangis.

“Dia tetap mempertahankan bayi yang dilahirkan itu supaya sentiasa berada disampingnya” kata ibunya.

Bagaimanapun menurut sumber,Yanti dirogol oleh adik iparnya sendiri ketika tiada orang di rumah pada penghujung tahun lalu dan dia diketahui mengandung hanya selepas umur kandungan berusia 6 bulan.

Sungguh mulia hati Yanti,walaupun anak itu bukanlah anak memalui hubungan yang halal,Yanti tetap menyayanginya dan mahu menjaganya awalaupun kudrat yang ada tidak begitu sempurna. Itulah naluri sebenar seorang ibu,kasih sayangnya tidak terhingga.Tidak sanggup melihat anaknya sendiri diambil orang lain.

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua ketika masyarat kini sedang kecoh dengan isu-isu kebejatan masyarakat yang sewenang-wenangnya membuang bayi. Semoga dengan kisah ini dapat membuka mata kita untuk menginsafi diri.Gunakanlah akal yang diberikan untuk sayang -menyayangi sesama mahkluk. Hindari sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: kamiviral.com