Sekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?

Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yang dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.

Tapi, yang paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoi baq hang!

Wahh, bertuah betul jadi Ultraman, dapat jumpa Farahdhiya di Pavilion. Kami ni, mampu intai di Instagram je untuk mengubat rindu. Nasib baik Malaysia tak ada raksasa, kalau tak mana sempat nak bergambar kan? Haha.

Sekali sekala tengok Farahdhiya ni memang jatuh hati. Dahlah putih melepak, cantik pula tu. Tapi, lama betul tak dengar berita pelakon dan penyanyi jelita ni kan?
Sesekali kami jengah juga laman Instagram Farahdhiya. Menerusi pengamatan kami, sebenarnya banyak juga aktiviti yang dilakukan si cantik ini bersama teman-teman rapatnya.
Tapi, yang paling menarik perhatian kami adalah foto Farahdhiya diapit Ultraman. Memang sempoibaq hang!

Tapi, kami lihat makin cantik tertarik kau memang da bomb pula badan Farahdhiya ni. Dah saing-saing Che Ta uols. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri.

Mungkin faktor baju yang melekat ditubuh Farahdhiya menampakkan lagi susuk tubuhnya yang langsing itu kot.

Apapun, buat korang yang merindui lakonan Farahdhiya, jangan lupa saksikan drama terbaru lakonannya iaitu Cahaya Dihujung Nyawa yang bakal disiarkan di Hypptv tak lama lagi.

Farahdhiya Mohd Amin ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita yang bergiat di dalam dunia hiburan Malaysia. Beliau yang berbintang Taurus dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali.

Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Ibu berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor. Mendapat pelajaran awal di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang, Selangor kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Farahdhiya mula menjinakkan diri di dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi di bawah naungan KRU Records. Kini bernaung di bawah NAR Records. Beliau telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Bertakhta Di Hati mendapat tempat di dalam carta carta di dalam radio Era dan Hot.FM serta mendapat pencalonan di dalam Anugerah AIM sebagai Artis Baru Terbaik.

Selain menyanyi, Farah Dhiya berkecimpung di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos rancangan realiti, Jaguh Futsal RTM selama beberapa episod. Selain dari itu, Farahdhiya juga telah berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Drama pertama lakonannya adalah Mencari Arah Kiblat yang disiarkan di TV sempena Awal Muharam 2007. Pada masa kini, beliau membintangi drama popular di TV3, dalam slot akasia, iaitu Spa Q untuk 60 episod, yang disiarkan pada 23 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 lalu, sebagai Fatin. Drama inilah yang menaikkan namanya sekarang.

Kemunculan semula beliau dalam pertandingan Gegar Vaganza nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik bila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.

Sumber : Exora Maroon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *