Tiba-tiba hati seorang ibu macam saya tersentuh melihat gambar-gambar ni yang dikongsi oleh seorang sahabat dalam group whatsapp. Bergenang pula kelopak mata ni. Katanya, pelajar-pelajar ni didenda Solat Sunat Dhuha kat dataran perhimpunan kerana datang lambat ke sekolah pagi ini.

MasyaAllah, serius saya sebagai seorang ibu sangat setuju kalau denda begini iaitu dengan cara solat sunat yang diberikan. Otak saya sebagai mak anak enam ligat terfikir. Kalau macam ni hari-hari lewat pun tak apa😅😅. Apapun, saya salute dengan Pengetuanya dan guru-gurunya yang bukan saja mengajar malah mendidik jugak.

Bahkan bukan sahaja boleh didik hati dan disiplin anak-anak sahaja, malah ibu bapa juga akan terkena tempiasnya. Mesti kita pun sebagai ibu bapa mahu perbaiki diri. Kena lebih bijak urus masa, kena lebih disiplin dan hormati rules orang lain. InsyaAllah, kita pun akan jadi lembut hati untuk keluar lebih awal hantar anak-anak ke sekolah, ajar diri kita untuk bangun lebih awal drpd biasa dan kejutkan anak2 lebih awal. Jadi tak adalah kes anak tertinggal van atau bas sekolah, tersangkut dalam kesesakan dan sebagainya hingga lambat sampai ke sekolah.

Sebagai ibu saya melihat ia daripada sudut yang positif. Yang mana kurang kita perbaiki. Almaklumlah hari pertama dan kedua persekolahan, trafik memang sesak. Kebanyakan ibu bapa hantar sendiri anak-anak dalam sehari dua ni termasuk saya sendiri😁. Memang jalan nak masuk ke sekolah sesak.

Apapun, sebagai anggota masyarakat, sama2 kita doakan yang terbaik buat semua. Moga-moga tak adalah mak ayah yang argue denda begini😉

Kita dulu-dulu pun bukan baik mana kan??

Sumber: Cerita dan gambar ini bersumberkan dari facebook Eizan Ariffin.

via depalmasp.net