Melihat gambar-gambar cantik ‘wanita’ ini, sungguh tak sangka ia merupakan wajah seorang lelaki. ‘Wanita’ ini kelihatan cukup sempurna memiliki wajah ‘doll face’.

Manakan tidak, berwajah putih gebu, comel, kulitnya halus, bermata bundar dan bersinar serta mempunyai tubuh badan yang langsing bak model antarabangsa, pasti membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan kecantikannya.

Lelaki Paling Cantik Thailand
Pemilik gambar ini bernama Yoshi Rinrada. Berasal dari Thailand dan dilahirkan sebagai seorang lelaki. Baru-baru ini, gambar-gambar Yoshi mulai tular di laman sosial dan terkenal kerana mendapat gelaran menjadi salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.Yoshi juga sering tampil didalam klip video serta pernah berlakon didalam beberapa drama.Malah turut mempunyai follower hampir 1 juta di Instagram!

Percaya Diri Perempuan
Apabila ditanya jika beliau ingin melakukan pembedahan jantina, beliau hanya berkata ia bergantung ke mana haluan hidup akan membawanya suatu hari nanti. Yoshi berkata beliau yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan kerana membesar dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak perempuan sejak kecil.

Siapa sangka dengan wajah secantik ini, Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berubah menjadi perempuan yang mampu memberi ‘saingan’ dibandingkan dengan perempuan ‘asli’ di negaranya.

Sumber:terengganutimes