Baru-baru ini telah viral di sosial media berkenaan penjual durian yang menipu timbangan jualan durian mereka. Mengikut video yang di kongsi tersebut lokasi penjualan durian tersebut adalah di Jalan Wan Kadir.

Taktik licik mereka bagaimanapun berjaya dikesan oleh pihak berkuasa. Menurut video itu lagi, durian yang pada asalnya seberat hanya 2Kg apabila ditimbang menggunakan penimbang standard bertukar menjadi 4Kg menggunakan penimbang yabg telah diubah suai oleh penjual durian yang tidak bertanggungjawab.

Taktik ini amat sukar dikesan oleh orang ramai memandangkan alat penimbang yang telah diubah suai itu menunjukkan angkat ‘0’ Kg sebelum ditimbang walau bagaimanapun ia akan mudah menjadi ‘berat’ dari berat yang asal.

Para pembeli di nasihati agar berhati-hati terhadap para penjual yang berani mengambil kesempatan ini.