Saya pegang password akaun Facebook suami saya. Jarang saya mahu buka., tetapi, baru-baru ini, tergerak hati mahu buka. Saya tengok ada notification kawan perempuan tag nama suami di ruangan komen. Saya tidak kisah pun. Mahu ajak buat reunion sekolah katanya. Masalahnya, tetiba ada komen lebih kurang nanti terimbas kenangan lamalah. Saya faham maksudnya yang seseolah mereka pernah ada kisah cinta barangkali.

Saya tidak kenal perempuan ini, tetapi saya pernah terjumpa gambar passport perempuan ini di dalam album lama suami saya. Bila ditanya, suami beritahu saya yang perempuan itu yang berikan pada dia. Pada saya itu semua mungkin cinta mereka kot semasa zaman suami saya Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga sebab suami saya sudah bertukar sekolah yang semuanya lelaki pada Tingkatan Empat. Lagi pun, gambar perempuan itu pun nampak seperti budak hingusan lagi. Gambar itu saya biarkan sampai sekarang. Kalau saya ini jenis cemburu buta, sudah lama saya buangkan gambar itu ke dalam tong sampah.

Isunya sekarang, di saat masing-masing sudah buat haluan masing-masing, perlu ke mahu ungkit kisah-kisah lama mereka? Ye, saya dan suami sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Sebab itu saya abaikan saja perkara ini walaupun boleh saja sekiranya saya mahu sound setepek. Bayangkan kalau benda ini berlaku pada rumah tangga orang lain, apa yang akan jadi?

Lepas itu, mahu buat reunion bagai. Sebab itu orang kata lebih 50% masalah rumah tangga berpunca dari reunion. Ini bunga-bungalah ini. Belum apa-apa lagi sudah komen dan ungkit kisah-kisah lama mereka. Pada saya, tidak perlu mahu buat reunion lagi. Cukup saja masa Hari Raya, kenduri raya datang berziarah tanya khabar, bawa anak isteri jumpa kenal-kenal dengan kawan-kawan. Berani kerat kukulah kalau masa reunion ini mesti ramai yang berharap bekas kekasih lama muncul. Lepas itu mulalah mahu berhias cantik-cantik, untung-untung mana tahu kekasih lama terpadang dan terus tertawan untuk kali kedua.

Awak janda ke, awak tidak kahwin lagi ke, ada saya kisah? Tetapi selagi nama awak itu wanita, tolong faham perasaan wanita lain. Ikutkan hati ini, ini bukan kali pertama kawan-kawan perempuan suami saya mengeletis. Bini-bini orang pun sibuk PM tanya khabar. Kenapa ye? Tidak perlu mahu pertikai isu kawan-kawan sekolah lama. Di dalam agama Islam sendiri sudah melarang benda-benda macam ini antara lelaki dan perempuan. Suami saya pun sama naik miangnya. Jenis melayan. Sebeb itu sampai sekrang tidak ingat anak isteri di rumah.

Itu belum masa saya dalam wad mahu melahirkan anak sulung terbaca PM mesra antara suami dengan kawan perempuan bujang zaman sekolah di Facebook. Siap bahasakan diri pakwe makwe. Pakwe sihat? Makwe dah makan? Sudah kenapa dia orang ni? Fitrah perempuan ini sepatutnya lebih malu dari lelaki. Malu itu sebahagian dari lebih 60 cabang iman. Jadi tolong beriman sikitlah ye wahai perempuan. Sudah tahu lelaki ini ada jenis gatal walaupun luar nampak pendiam, awak jangan terikut menggatal sekali. Malu tahu tak kalau orang gelar kita ni perempuan gatal, perempuan miang, perempuan terdesak. Ramai-ramai lelaki bujang, lelaki duda, suami orang jugak awak mahu tunjuk miang, mahu bagi hint bagai. Awak dah kenapa? Nasib baik saya ini masih rasional lagi dan tidak terus komen sebab mahu jaga aib. Kalau saya sound setempek mahunya awak malu sebab kawan-kawan awak semua baca.

Termasuk isteri orang yang bernama Siti, yang tergila-gilakan suami saya. Sama naik sajalah mereka ini. Lelaki atau perempuan sama-sama miang. Tepuk sebelah tangan, ada bunyi ke? Melainkan kalau kau tepuk tangan pada meja. Kau mahu sangat, kau boleh ambik saja suami aku. Sudah berbagai cara aku cuba pertahankan sehinggalah kini aku sudah redha. 10 tahun aku hidup dengan suami aku, aku tahu kekurangan dia di mana yang sekarang ini bila aku cakap, dia tuduh aku hina dia. Beritahu kekurangan pun terasa dihina ke? Bertahun-tahun ku pendam kekurangan dia dan tidak pernah pun terlintas untuk aku curangi dia.

Sebab aku berkahwin untuk membina bahagia. Apa-apa kekurangan aku terima asalkan jangan menyakiti hati aku. Tapi yang aku pelik sampai sekarang tidak mahu lepaskan aku. Sudah kenapa? Kalau lepaskan aku banyak kemudahan aku akan dapat. BR1M aku dapat, Rumah Mesra Rakyat aku boleh mohon sebab gaji aku cuma RM3,000 lebih saja. Masih memenuhi syarat nak mohon BRIM dan mohon Rumah Mesra Rakyat dan dengan status aku sebagai ibu tunggal aku boleh dapatkan kemudahan itu. Kenapa tidak mahu lepaskan aku? Mahu tunggu aku tuntut fasakh supaya orang nampak aku yang mahu bercerai sebenarnya kan? Bijak kau wahai suami ku. Kau biar aku nampak salah supaya dapat tutup bukti kecurangan kau.

Dan Siti, lepas ini kalau aku bercerai dan confirm kau kahwin dgn dia, kemudian korang bercerai, memang aku gelak di belakang berguling-guling. Sebab aku tahu di mana kekurangan suami aku dan kekurangan suami aku ini kalau isteri tidak berlapang dada, memang makan hati. Silap-silap, kau curang di belakang dia macam mana kau curang dengan suami kau sekarang ni. Jadi masa tu agaknya kifarah buat suami akulah ini kot sebab pernah curang dengan aku.

Kalau suami aku tertarik dengan kau, mahu kata kau ada rupa, biasa-biasa saja. Sebab kau kurus, kau pandai bergaya. Kau tidak pernah beranak walaupun dah bertahun kau berkahwin dengan suami kau. Aku tidak mahu aku cantik ke apa. Nanti riak. Aku cuma gemuk sebab dua kali aku melahirkan anak secara pembedahan. Mahu kembali kurus seperti zaman belum ada anak aku perlu berusaha lebih. Aku bukan tidak mahu bergaya. Tapi baju yang bergaya macam kau pakai tu semuanya nampak susuk badan. Aku lebih memilih bergaya cara aku. Pakai tudung bawal tutup dada, pakai baju longgar-longgar. Suami aku mahu cari yang suara lemah lembut? Aku dulu masa belum ada anak pun lemah lembut. Tapi sejak ada anak memang aku terjerit-jeritlah sebab letih urus anak-anak. Suami aku mahu cari yang berakhlak? Aku tidak tahulah aku ini jenis yang berakhlak atau tidak. Tapi aku mak ayah aku didik aku sebaiknya supaya sentiasa jaga batas pergaulan. Dan memang aku jaga sehingga kini walaupun suami aku tak pedulikan aku. Kau curang dengan suami kau, keluar dengan lelaki lain saat bergelar isteri orang, masih mahu kira wanita berakhlak ke? Tanyalah diri sendiri.

Bagaimana mudah aku redha? Sebab aku yakin Allah ada. Aku yakin dengan balasan Allah Taala. Allah uji aku sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Korang berdua memang pasangan serasi. Kau isteri yang curang, suami aku suami yang curang. Pastikan bila korang dah kawin nanti, korang bahagia hingga akhir hayat. Kalau korang bercerai, memang aku gelak jahat kat belakang. Sebab apa yang korang buat kat aku Allah dah balas cash masa kat dunia. Sekian.

Sumber : http://kakipalu.blogspot.my via kucinghitamm