Nama Janna Nick semakin disebut-sebut dalam dunia hiburan sehingga wanita berusia 23 tahun itu diangkat berlakon dalam beberapa drama terkenal seperti Prince Coffee dan sebagainya.

Walaupun masih muda, Janna dilihat pandai membahagikan ruang antara peribadi dan kerja apabila pelakon ini dilihat jarang mendedahkan urusan peribadi termasuklah keluarganya.

Namun beberapa hari yang lalu, Janna Nick dalam laman Instagramnya ada memuat naik sekeping gambar keluarganya dengan hastag #hartaduniaakhiratsaya.

Gambar berkenaan yang turut menampilkan ibunya yang hanya dikenali sebagai Shasha mencuri perhatian netizen. Rata-rata terkejut dan memuji kecantikan ibu Janna Nick yang masih muda dan dilihat seperti anak dara!

Bahkan ada juga yang mendakwa wajah ibu Janna menyerupai pelakon Izara Aishah dan isteri Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida. Sama ke?

Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar Janna bersama ibunya.

Kredit – Ceritera Dunia