Viral di media sosial video seorang wanita bersama anak kecilnya menerjah suaminya yang curang dengan seorang perempuan berusia lingkungan 20-an di sebuah pusat beli-belah.

Video berdurasi satu minit dikatakan berlaku di pusat beli belah Dataran Pahlawan Melaka itu semalam telah ditonton lebih 1.2 juta kali dan dikongsi 22,069 kali di Facebook.

Berdasarkan video itu, si isteri yang mendukung anak kecilnya dengan berani berdepan dengan suaminya yang keluar dengan perempuan muda berkenaan.

“Kau nak marah aku depan dia? Kau back up dia daripada (back up) aku?! Aku bini kau!!

“Aku cakap elok-elok dengan kau tadi kan?!” kata si isteri kepada suaminya itu.

“Kau siapa dengan laki aku??” soal si isteri kepada perempuan berkenaan yang kemudian dilihat menafikan ada apa-apa hubungan dengan lelaki terbabit.

“Kau tahu dia laki orang, kau keluar dengan laki orang. Saya tak tahu. Perempuan jenis apa kau ni?!!

Sesekali lelaki terbabit cuba mengambil anak kecilnya itu tetapi dihalang oleh isterinya yang tidak membenarkan dia menyentuh anak mereka.

“Kau gilakan aku sebab ***** kan?!” kata si isteri sebelum menampar pipi kiri suaminya.
Sementara itu di media sosial, netizen bersimpati dengan nasib wanita itu dan memuji keberaniannya berdepan dengan suami bersama kekasihnya itu.

“Padan muka kena lempang dengan bini. Baru kau tahu bro langit itu tinggi ke rendah. Berani kau buat hal waktu bini kau tengah kerja mencari rezeki. Itu je makan dia.

“Elok kedua-duanya kena maki. Pastu tambah lagi tibai saja mereka berdua biar mampus. Geram je aku tengok. Kalau aku, memang lunyai dua-dua aku kerjakan. Jenis manusia jahanam. Mohon meninggal kedua-duanya,” kata Suria Marzuki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *