Kata orang kalau dah minat pada sesuatu tu, kita sanggup lakukan apa sekalipun. Betul?

Dan apabila bercakap pasal kereta, sudah tentu kaum lelaki lebih arif dan topik ini adalah topik kegemaran kebanyakan lelaki di luar sana. Sesetengah mereka ini juga malah sanggup berhabis duit bagi mendapatkan dan makeup kereta mereka seperti yang diimpikan.

Rasanya normal lah kalau lelaki ada minat sebegitu. Tetapi bagaimana pula dengan kaum wanita. Mereka ni minat ke makeup-makeup kereta ni?

Sebenarnya jangan terkejut sebab ada sesetengah wanita yang punya minat sama seperti lelaki. Seperti seorang wanita yang bernama Cik Puan Auni ini, dia mempunyai minat mendalam terhadap kereta sampai sanggup berhabis duit.

Jom baca perkongsiannya mengenai hobinya itu di Facebook:

Ada yang tanya kenapa laa Auni minat sangat sport car dan makeup kereta unik sangat. Ini jawapannya.

Uools mesti ada hobikan? Ada yang hobi dia kumpul barang makeup, ada yang hobi melancong, ada yang hobi dia suka makan, ada yang hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ini lain sikit.
Selain makeup muka sendri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik bagi unik.

Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling best part bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar. Ini antara kereta-kereta yang Auni dah beli tunai dari standart.

Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni.

Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.

Ini antara kereta-kereta yang Auni dapat kumpul, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Jangan ingat lelaki saja hobi kereta, perempuan pun ada, sayalah orangnya.

1. Honda Civic FD 2.0 kereta pertama setelah tiga bulan buat bisness beli tunai. Kereta ni asal standart hitam rim tak ada. Ini Auni pasang bodykit Mugen RR, buat cat Firered luar dalam, tukar rim 18. Syok tak kira masa, dah tak ada menda nak makeup Auni jual la, beli kereta baru.

2. BMW 350i kereta kedua, selepas jual Honda FD ini, sama juga Auni buat cat warna Grey Metal, tukar Full Bodykit M3, rim sama 18. Pakai tak lama, ada orang nak beli jual la, beli kereta nombor 3 pulak.

3. Kereta Chevrolet Cruze 1.8, kereta ni asal standart, warna hitam. Auni beli bodykit, beli rim 18 juga. Cat tukar warna kuning sebab minat Transfomer, cantik tak? Kereta ni sedap bawak, syok naik.

 

Pakai enam bulan, boring la tukar warna biru sebab suka pulak warna macam Subaru Empreza. Kereta ni tak jual lagi. Hmm rasa nak jual juga sebab dah beli kereta yang bawah ni.

4. Ni kereta terkini Auni, Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z, sebab apa minat kereta ni? Sebab nama dia sesuai dengan perempuan. Macam Auni, hehehe Fairlady. Kereta ni beli standart juga. Jadi Auni ubah macam dalam gambar. Kereta ni paling banyak habis duit makeup. dari tayar sampai ke cat sampai ke rim sampai ke ezxos sampai keluar lebih 15k untuk makeup sahaja. Tak jual lagi sebab sayang sangat-sangat tapi kalau nak jual nak upgrade ke GTR. Doa-doa kan la kot merasa join Group GTR.

5. Kereta nombor lima, Honda City 1.5 Full Spec, kereta ni beli dan hadiahkan untuk abah tersayang. Tak lupa jasa Ibu dan bah tercinta. Tips murah rezeki jangan kedekut dengan ibu bapa. Doa dan restu mereka sangat penting. Ni lah kereta-kereta Auni dan ni lah hobi Auni.

Kredit : beritasteady.com via kucing hitamm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *