Memang menjadi impian setiap wanita untuk mahu kelihatan cantik dan mempunyai berat badan ideal. Tetapi disebabkan sukar mengawal nafsu makan, kadang-kadang mereka sukar untuk mengawal berat badan mereka.

Ya setiap anda yang mahu menurunkan berat badan perlu ada motivasi dalam diri untuk memaksa badan anda bekerja dengan lebih kuat untuk mencapai cita – cita anda menurunkan berat badan dan mencapai impian anda untuk kesihatan, penampilan, orang tersayang mahupun kerjaya impian.

Namun perubahan itu tidaklah mustahil, apabila mereka mula serius dengan amalan gaya hidup yang sihat, tentu usaha mereka akan membuahkan hasil. Sekiranya anda ingin. kurus, mungkin anda boleh jadikan kisah-kisah mereka ini sebagai inspirasi

#1


Ianya mengambil masa kurang dari 9 tahun wanita ini menjadi seksi, kelihatan sangat berbeza dan sangat berbaloi usaha yang diambil sehingga bertahun-tahun lamanya.

#2


Wanita ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram dalam tempoh satu tahun.

Mengekalkan motivasi dalam diri merupakan perkara yang sangat sukar oleh kerana proses menurunkan berat badan bukan proses yang pendek jangka masanya, ia mengambil masa berbulan – bulan malah boleh mencecah setahun mahupun dua tahun bergantung kepada pelan diet dan target seseorang.

#3


Penurunan berat badan yang sangat ketara daripada berat 101kilogram sehingga 65kilogram (kehilangan 36 Kg) dalam tempoh kurang dari 2 tahun.

Maka untuk mengekalkan motivasi yang sama dalam diri bukan perkara senang kerana sepanjang tempoh itu pelbagai cubaan dan godaan sekeliling yang bisa membunuh diet dan motivasi kita semua.

#4


Kisah kejayaan individu menurunkan berat badan merupakan satu kisah yang sangat memberi motivasi dalam diri, kita akan berasa semangat dan mahu menjadi seperti mereka.

Christine berjaya menghilangkan 79 kilogram dari berat badannya hasilnya dan beliau kini kelihatan sangat seksi dan luar biasa.

#5


Perubahan yang sangat drastik. Wanita ini mula bersukan sebanyak 4 hingga 5 kali seminggu, dan hasilnya beliau berjaya menghilangkan 77 kilogram.

Ada kalanya kisah mereka yang dicoretkan mampu untuk menitiskan air mata pembaca – pembaca. Kegigihan, kecekalan dan disiplin mereka sangat dikagumi, penampilan mereka sebelum dan selepas sangat berbeza dan senyuman mereka juga berbeza ketika sebelum dan selepas kejayaan menurunkan berat badan,

#6


Kita punya masa yang sama 24jam sehari sama seperti mereka, tidak boleh dijadikan alasan hidup anda berbeza dengan mereka semua, bukan soal cukup masa atau tidak, tetapi soalnya bagaimana kita menyusun masa supaya kita boleh hidup dalam kehidupan yang sihat dalam masa yang sama mampu untuk menurunkan berat badan

Wanita ini berhasil menurunkan berat badannya dari 135 kilogram menjadi 65 kilogram (penurunan 70 kilogram) hanya dalam tempoh 13 bulan.

#7


Wanita ini berjaya menurunkan 22 kilogram dan kini beliau nampak begitu berbeza denga penampilan yang sangat cantik dan berbeza.

Melihat gambar diatas sudah tentu kita akan termotivasi, saiz badan, penampilan dan senyuman yang sangat berbeza sebelum dan selepas beliau berjaya meurunkan berat badan. Saya sangat berterima kasih kepada rancangan biggest Loser kerana menolak kemampuan saya lebih dari apa yang saya fikirkan…

Itu antara kisah kejayaan mereka yang mempunyai kesungguhan dan komitmen yang tinggi bagi mengubah cara hidup kepada yang sihat dan lebih baik. Jika mereka boleh tiada alasan bagi anda. Semoga anda juga boleh berjaya dan memberi inspirasi kepada yang lain.

Tepuk dada, tanya selera, Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

…Jika mereka mampu, saya sudah buktikan saya juga mampu, bagaimana dengan anda?…

Sumber : Taikotai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *