Pasti ramai orang takut dengan serangga kecil ini. Serangga yang tidak berbahaya tetapi dapat mengundang ketakutan terutamanya buat kaum wanita. Malah, mereka mulai berasa cemas apabila berdepan dengan lipas dalam apa jua situasi.

Lebih-lebih lagi apabila lipas mulai terbang di depan mata. Maka, mula kedengaran jeritan yang kuat dari suara perempuan. Rata-rata antara mereka geli dengan lipas dan ini pula kisah lucu yang berlaku dalam kereta Grab. Penumpang ini menceritakan pengalaman bersama keluarganya diserang lipas ketika dalam kesesakkan ibu kota.

Pengalaman tak dapat dilupakan

Keluarga ini menaiki Grab untuk pulang ke rumah halaman. Mereka berdepan dengan kesesakkan jalan raya di ibu kota dan terpaksa menunggu lama di dalam kenderan tersebut. Keadaan mula menjadi agak panik apabila si ibu terlihat seekor lipas di bahagian tempat duduk hadapan dan mula menjerit.

Lipas itu terbang !


Ibu menyedari lipas tersebut bersaiz besar dari kebiasaan. Lipas tersebut mula terbang di dalam kereta dan keadaan makin menjadi cemas lalu mereka menjerit di dalam kereta tersebut sambil kaki menghentak. Pemandu menyedari hal demikian dan cuba untuk tenangkan pelanggan.

Lipas itu betul-betul kat sebelah


Tingkap diturunkan untuk menghalau lipas keluar. Malangnya, serangga tersebut terbang semula masuk ke dalam kenderaan. Pemandu mula memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan menghalau serangga tersebut keluar dari kereta. Sejak dari itu, suasana dalam kenderaan mulai senyap hinggalah tiba ke destinasi yang ditujui.

sumber