Sukacita dimaklumkan tarikh pembayaran BR1M 2018 untuk fasa1, Fasa2 dan Fasa3 akan dikreditkan mengikut tarikh yang telah diumumkan oleh Kementerian. Berikut adalah jadual jumlah dan tarikh wang dikreditkan ke akaun kepada penerima mengikut kategori.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kategori Isi Rumah/E-Kasih

Jumlah BR1M RM1200
Pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah (termasuk warga emas)
Fasa 1 Fasa2 Fasa3
RM 400 RM 400 RM 400
_Feb 2018 _ Jun 2018 _ Ogos 2018
Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Kategori Isi Rumah 2

Jumlah BR1M RM900
Pendapatan kasar bulanan RM3001 hingga RM4000
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
RM300 RM300 RM300
_ Feb 2018 _ Jun 2018 _ Ogos 2018
Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Kategori Individu Bujang

Jumlah BR1M RM450
Pendapatan kasar bulanan RM2000 ke bawah
Tarikh Wang Dimasukkan
_ Feb 2018
Aplikasi Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Penerima BR1M daripada semua kategori telah dinaikkan seperti dalam jadual di atas. Peningkatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri menunjukkan beliau sangat prihatin kepada keperluan rakyat semasa. Walaubagaimanapun, beliau menasihatkan agar rakyat yang telah menerima bantuan tersebut membuat perbenjaan berhemah dan jimat cermat.

Berikut Sebab Duit BR1M Lambat Masuk Akaun
Berikutan pengumuman kerajaan mengenai Banturan Rakyat 1Malaysia untuk mereka yang layak, semua pemohon haruslah mengemaskini maklumat melalui Online atau Manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini namun wang masih belum dikreditkan ke akaun pada tarikh yang diumumkan, pemohon haruslah semak punca masalah duit BR1M lambat masuk yang disenaraikan ini.

1) Hilang kelayakan berdasarkan kategori
Pemohon berubah status dari bujang ke berkahwin (isi rumah). Pendapatan pasangan harus dikemaskini.
Pendapatan pemohon melebihi RM4000.00

2) Tidak melakukan semakan dan kemaskini yang tepat
Pemohon menyembunyikan maklumat peribadi. LHDN mampu mengesan (trace) kesemua makluman pemohon termasuklah pendapatan pasangan sekiranya pemohon telah berkahwin.
Gagal menghantar borang mandatori untuk kemaskini ke pejabat LHDN seperti surat cerai, surat kematian, sijil kahwin dan sebagainya.

3) Memberikan nombor akaun bank yang salah
Terdapat pemohon yang memberikan akaun bank salah selepas membuat kemaskini maklumat peribadi melalui online.

4) Pemohon telah berstatus pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
Bagi mereka yang menyambung pelajaran meskipun pernah menerima BR1M sebelum ini (ketika tempoh bekerja/menganggur).

5) Server bank yang mengalami masalah online
Apabila tiba masa pengkreditan wang ke akaun penerima, wang itu akan disalurkan ke seluruh penerima yang menggunakan pelbagai jenis bank. Akan berlaku masalah online ATM (Under Maintenance) di cawangan yang digunakan.

Proses mengurus permohonan dan mengkreditkan duit BR1M ke akaun penerima bukanlah mudah kerana tugas tersebut juga dilakukan oleh manusia. Oleh itu akan berlaku beberapa punca masalah duit BR1M lambat masuk seperti senarai di atas.

Bagi mereka yang ingin membuat aduan kelewatan duit BR1M, boleh terus menghubungi hotline LHDN atau terus hadir ke pejabat LHDN terdekat. Jangan tanya ATM atau kaunter bank. Itu bukan kerja mereka.

Talian Bebas Tol LHDNM : 1 800-88-2716

Kementerian Kewangan : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

Sumber : myeidos.com/tarikh-pembayaran-br1m-2017/

Proses Verifikasi BR1M
Untuk makluman, maklumat permohonan akan disemak dengan beberapa agensi kerajaan. Dua belas (12) jabatan yang terlibat dalam proses verifikasi BR1M 2018 adalah seperti berikut :-
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis DiRaja Malaysia – PDRM)

Jabatan Pengangkutan Jalan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Jabatan Agama Islam Negeri

Kementerian Pendidikan Tinggi

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kumpulan Wang Persaraan

Kementerian Luar Negeri

Semakan Status BR1M 2018 Online Dan Manual (Keputusan Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan)
Melalui MyBR1M online, pemohon boleh membuat semakan status secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-
i) Semak Status Melalui MyBR1M Online

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.

Pilih menu MyBR1M

Masukkan No. Kad Pengenalan (K/P) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123

Klik butang Log Masuk

Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.

Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.

Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon

Jika tidak yakin dengan jawapan soalan tersebut, sila pilih butang Tukar Soalan dan seterusnya memilih soalan lain

Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

ii) Berjaya Mengkases MyBR1M
Setelah pemohon berjaya mengkases MyBR1M, sila ikuti langkah berikut :-

Klik pada menu Semakan Status

Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.

Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

iii) Status Permohonan BR1M 2018 Yang Terpapar
Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini

Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima

Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan

Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan

Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya

Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya

Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan Pengguna MyBR1M.

Kaedah Lain Semakan Status BR1M 2018
Selain semakan status BR1M 2018 melalui MYBR1M online, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan BRIM melalui kaedah berikut :-
i. Melalui Pos

Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M

ii) Semakan Melalui e-Mail

Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

iii) Melalui Telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M

Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.

Cara Hubungi : Tarikh Pembayaran BR1M 2018
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2018, boleh hubungi:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M, sila hubungi
1. Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Jadual Duit Masuk boleh dijadikan panduan buat semua penerima bantuan. Ingat, gunakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperolehi dengan betul dan berhemah.

Sumber : https://www.permohonan.my/tarikh-pembayaran-br1m-duit-masuk/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *