Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.

Banyak ujian dilakukan mendapati ada pelbagai cara untuk mengetahui personaliti seseorang dengan hanya memerhatikan bentuk fizikal tubuh seseorang.

Memetik portal Boldsky, pakar mendapati personaliti seseorang dapat dilihat melalui bentuk hidung, gigi, mata, kedudukan tahi lalat, mahupun punggung!

Ha! Pasti ramai jarang mendengar hal ini kan? Nak tahu macam mana bentuk punggung dapat ‘menceritakan’ personaliti seseorang? Teruskan membaca!

JANGAN ambil ringan pada punggung, sebab anggota bahagian belakang itu – tidak kira bentuk, warna atau ukuran – adalah milik mutlak peribadi, dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Ada pun perihal punggung, telah terbukti dulu, kini dan selamanya, sekiranya digunakan secara baik, ia boleh membawa faedah. Tetapi kalau tersilap guna, tidak kira apa cara, boleh membawa padah.

Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda?

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.

Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik.

Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain.

Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro man tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan.

Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu.

Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

6. Bentuk hati
Pakar mendapati kebanyakan wanita mahu memiliki bentuk punggung macam ni. Kenapa? Sebabnya bentuk punggung ini dianggap bentuk paling sempurna.

Dalam erti kata lain, mereka dikatakan tergolong dalam kategori bijak pandai selain sering disifatkan jujur dengan perasaan mereka. Jadi, mereka berani tampil dan menyuarakan buah fikiran kepada sesiapa sahaja.

7. Bentuk V
Bentuk punggung ini biasa dilihat pada orang berumur kerana semakin meningkat usia seseorang, semakin banyak pengalaman ditimba.

Jadi, mereka yang memiliki punggung berbentuk V ini selalunya disifatkan sebagai penyelesai masalah selain sering berperanan sebagai seorang pendamai.

8. Bentuk A
Jika anda seorang yang suka memusatkan tumpuan kepada kehidupan harian dan mengutamakan keluarga dalam segala hal, mungkin anda memiliki punggung berbentuk A ini. Cuba lihat!

Selain itu, anda terlalu bercita-cita tinggi dan memberi fokus kepada matlamat anda, sekali gus menjadikan peluang untuk anda berjaya lebih luas!
Namun, harus ingat! Jika anda terlalu fokus kepada sesuatu perkara, anda mungkin akan terlepas banyak hal lain di sekeliling anda.

Dah tengok bentuk punggung anda? Jadi, anda yang mana satu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *