Terkini, Nedim berkongsi Insta stories memberitahu bahawa Ney Ney tidak akan mempunyai laman Instagram atau apa jua akaun laman sosial yang lain.

Pendekatan yang sangat berlainan nampaknya daripada Nedim buat anak sulungnya dengan Nora Danish. Nedim mahu anaknya ‘low profile’. Peminat yang sudah mula ‘admire’ dengan Baby Ney Ney nampaknya bakal gigit jari. Ney Ney yang sudah mula terkenal di hari pertama kelahiran bakal tiada akaun instagram! ?

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa Ney Ney sihat dan sempurna serta rasa terima kasih beliau atas doa daripada peminat.

Nora Danish telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di ibu negara tepat pukul 9.05pagi, 22 Februari 2018. Baby Ney Ney, nama timangan anak Nedim dan Nora Danish adalah anak pertama pasangan itu. Namun, Ney Ney sebenarnya sudah mempunyai dua orang abang hasil perkahwinan pertama kedua ibu bapanya.

Nora mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli sebelum ini iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berumur 9 tahun. Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre, 6 tahun.

Baca juga:

22 Februari 2018 merupakan tarikh bersejarah antara Nedim dan Nora Danish kerana Nora telah selamat melahirkan cahayamata pertama mereka. Nora Danish melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di ibu negara tepat pukul 9.05 pagi tadi.

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. We will show baby Ney Ney’s face soon. Thank you all for your prayers”

Nora Danish melahirkan Mohamed Neqayl Nazri Aziz bin Nedim yang seberat 2.98kg melalui pembedahan caesarean.

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 pada satu majlis tertutup. Nora mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli sebelum ini iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berumur 9 tahun. Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki daripada perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre, 6 tahun.

Sumber: instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *