Biodata Elfira Loy
Nama Penuh: Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
Nama Popular: Elfira Loy
Nama Panggilan: El
Tarikh Lahir: 8 Mac 1994
Umur: 22 tahun (2016)
Asal: Kuala Lumpur
Keturunan: Campuran darah Melayu, Cina dan Arab
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik. Ayah bernama Ahmad Sabri dan ibu Filzah Binti Yusoff. Adik-beradik pula ialah abang Ahmad Ezzraa Loy, adik Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan adik bongsu Ahmad Evvraa Loy.

Kerjaya Seni Elfira Loy
Pekerjaan: Pelakon (sejak 2006), Pengacara, Penyampai Radio dan Model Iklan
Teater: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
Drama/Telefilem: Antaranya Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Persinggahan, Sanggar Cinta Raudhah, Cinta Itu Buta, Senja Permai, Waktu Rehat, Qalesya, Kum Kum, Qalesya 2, Waktu Rehat 2 dan Hani.
Filem: Damping Malam
Program TV: Berani Jadi Bos (Astro Ceria), Cuti-cuti Famili (TV1), Selamat Pagi Putera Puteri musim 1 dan 2 (TV1), Shana & Nina, Kids n Cash (TV3)
Anugerah: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Drama Kum Kum pada Anugerah Skrin 2011

Media Sosial Elfira Loy
Instagram: https://www.instagram.com/elfiraloy
Facebook: https://www.facebook.com/filzay/
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nurul_Elfira_Loy

Fakta Menarik Tentang Elfira Loy
Elfira Loy memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2006 di usia 12 tahun dalam teater Ali Baba: The Musical Theater. Beliau kemudiannya mewakili Malaysia untuk Ali Baba: The Musical Theater di Hamedan Theater Festival Internasional untuk Kanak-kanak dan Remaja, yang berlangsung pada 27 September hingga 5 Oktober 2010.

Elfira Loy pernah menjadi model iklan motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp, The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) dan Plus One.

Elfira Loy telah memulakan penghijrahannya dengan bertudung sepenuhnya pada hari lahirnya, 8 Mac 2015 dan membayangkan perkara tersebut sebagai simbolik kelahiran semula.

Beliau juga pernah menjadi deejay atau penyampai radio di stesen radio Era FM pada April 2014.
Elfira Loy juga telah menceburi bidang perniagaan dengan pembukaan kafe Love Me Sevendays.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *