Ada yang berpendapat bahawa seluar itu mungkin bukan miliknya tetapi kepunyaan kanak-kanak yang menaiki pesawat tersebut bersamanya.

Tanpa menghiraukan penumpang lain, seorang wanita tidak dikenali bertindak melakukan sesuatu yang amat janggal di dalam sebuah pesawat — mengeringkan seluar dalam pada lubang penyaman udara.

Kejadian pelik ini dilapor berlaku di dalam pesawat syarikat penerbangan Ural yang berlepas dari Antalya, di utara Turki ke ibu negara Rusia, Moscow.

Beberapa saksi berkata wanita tersebut tanpa segan silu membalik-balikkan seluar dalam itu bagi memastikan ia kering sepenuhnya.

Yang peliknya, penumpang lain seakan membiarkan saja dia dengan tindakannya itu tanpa berusaha untuk menegurnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *