BAGI korang yang terlepas perkembangan dunia viral mesti akan tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba muncul pelbagai jenis video parodi manja antara sepasang kekasih bukan?

Ia terjadi apabila telah tular cerita mengenai sepasang kekasih yang manja dan kecewa kerana tidak dapat menikmati cendol di tengah panas terik mentari.

Rakaman ‘manja lapar’ yang dibuat menerusi laman sosial Instagram teman lelakinya meraih perhatian sehingga ramai membuat parodi meniru aksi mereka.

Segelintir netizen turut menyifatkan rengekan manja yang cuba meraih simpati teman lelaki sehingga dipujuk untuk membelikannya cendol, sebagai ‘mengada-ngada’.

Namun menurut teman lelakinya itu, sebenarnya ia bukanlah aksi manja yang sengaja dilakonkan. Sebaliknya kekasih hatinya itu benar-benar seorang yang manja pada setiap masa.
Adakah anda mahu lihat lebih banyak aksinya yang manja itu? Lihat 15 gambar berikut hasil daripada ‘belanja’ olehnya sendiri ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *