Berikutan pengumuman kerajaan mengenai Banturan Rakyat 1Malaysia untuk mereka yang layak, semua pemohon haruslah mengemaskini maklumat melalui Online atau Manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini namun wang masih belum dikreditkan ke akaun pada tarikh yang diumumkan, pemohon haruslah semak punca masalah duit BR1M lambat masuk yang disenaraikan ini.

1) Hilang kelayakan berdasarkan kategori

Pemohon berubah status dari bujang ke berkahwin (isi rumah). Pendapatan pasangan harus dikemaskini.

Pendapatan pemohon melebihi RM4000.00

2) Tidak melakukan semakan dan kemaskini yang tepat

Pemohon menyembunyikan maklumat peribadi. LHDN mampu mengesan (trace) kesemua makluman pemohon termasuklah pendapatan pasangan sekiranya pemohon telah berkahwin.
Gagal menghantar borang mandatori untuk kemaskini ke pejabat LHDN seperti surat cerai, surat kematian, sijil kahwin dan sebagainya.

3) Memberikan nombor akaun bank yang salah

Terdapat pemohon yang memberikan akaun bank salah selepas membuat kemaskini maklumat peribadi melalui online.

4) Pemohon telah berstatus pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) atau KADS1M

Bagi mereka yang menyambung pelajaran meskipun pernah menerima BR1M sebelum ini (ketika tempoh bekerja/menganggur).

5) Server bank yang mengalami masalah online

Apabila tiba masa pengkreditan wang ke akaun penerima, wang itu akan disalurkan ke seluruh penerima yang menggunakan pelbagai jenis bank. Akan berlaku masalah online ATM (Under Maintenance) di cawangan yang digunakan.

6) Paling Penting! Tidak melepasi tapisan agensi yang terlibat

Untuk makluman kepada pemohon, Kementerian Kewangan akan melalukan semakan kepada beberapa agensi terlibat untuk memastikan kesahihan maklumat dan pematuhan syarat kelayakan pemohon.

Antara agensi yang terlibat ialah:

Kementerian Luar Negeri Kumpulan Wang Persaraan
Jabatan Pendaftaran Negara Suruhanjaya Syarikat Malaysia
LHDN Jabatan Pengangkutan Jalan
Jabatan Akauntan Negara Jabatan Agama Islam Negeri
PDRM Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi KWSP
Kementerian Pendidikan Malaysia

Proses mengurus permohonan dan mengkreditkan duit BR1M ke akaun penerima bukanlah mudah kerana tugas tersebut juga dilakukan oleh manusia. Oleh itu akan berlaku beberapa punca masalah duit BR1M lambat masuk seperti senarai di atas.

MAKLUMAT PROSES PEMBAYARAN BR1M KE AKAUN PENERIMA

Pembayaran Melalui Akaun. Proses pembayaran akan bermula pada tarikh diumumkan dan tidak semestinya semua pemohon akan menerima pada hari yang sama. Duit akan diterima melalui akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan atau kemaskini dilakukan. Penerimaan duit dalam akaun juga bergantung dengan sistem bank yang telah didaftarkan oleh pemohon.

Pembayaran Melalui Baucar. Pemohon yang tidak memberikan nombor akaun bank semasa permohonan akan dibayar dengan baucar. Baucar BR1M akan dipos mengikut alamat penerima atau diserahkan oleh agensi terbabit kepada pemohon bermula pada tarikh pembayaran diumumkan. Baucar yang diterima boleh terus ditunaikan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. Proses pembayaran BR1M dengan baucar dibuat secara berperingkat dan mungkin akan berlaku kelewatan pembayaran kepada sebahagian penerima.

KLIK: Semakan Status Dan Duit BR1M 2018

Masih tidak dapat lepas semua kriteria lepas.. sila baca ini ..

Bagi mereka yang ingin membuat aduan kelewatan duit BR1M, boleh terus menghubungi hotline LHDN atau terus hadir ke pejabat LHDN terdekat.

Talian Bebas Tol LHDNM : 1 800-88-2716

Kementerian Kewangan : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

Jangan tanya ATM atau kaunter bank. Itu bukan kerja mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *