Persoalan yang timbul mengenai jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sehingga kini masih tiada penghujungnya.

Walaupun wakil pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini pernah mengesahkan bahawa Nur Sajat merupakan seorang khunsa, ramai masih tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut kerana mereka mengganggap Nur Sajat sebenarnya adalah seorang lelaki.

Ternyata perkara sedemikian tidak hanya berlaku di negara kita, ini kerana isu transgender ini juga menjadi perbualan masyarakat di Indonesia berkenaan seorang penyanyi dangdut, Lucinta Luna.

Dituduh Sebenarnya Lelaki, Penyanyi Dangdut, Lucinta Luna Sanggup Bogel Untuk Buktikan Dia Wanita Asli

Lucinta merupakan salah seorang penyanyi dari kumpulan Duo Bunga yang juga dianggotai Ratna Pandita, menjadi perbualan masyarakat di sana apabila dikhabarkan Lucinta sebenarnya merupakan seorang transgender.

Disebabkan perkara tersebut, Lucinta mengakui terkilan kerana periuk nasinya terjejas apabila beberapa klien yang telah memanggil Duo Bunga untuk membuat persembahan membatalkan secara tiba-tiba.

“Makin lama berita semakin menyimpang ya. Jujur, saya sangat kecewa kerana beritanya (transgender) tidak benar. Sampai saat ini job kami banyak dicancel,” kata Lucinta.

Dituduh Sebenarnya Lelaki, Penyanyi Dangdut, Lucinta Luna Sanggup Bogel Untuk Buktikan Dia Wanita Asli

Perkara tersebut diakui pasangan duonya, Ratna yang mengatakan sebelum berita ini tersebar, tawaran persembahan yang diterima Duo Bunga sangat banyak dan kini ianya terjejas.

Bagi membuktikan dirinya merupakan seorang wanita asli, Lucinta memanggil pihak media untuk berjumpa bahkan bersedia untuk melucutkan bajunya di hadapan semua yang hadir.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut dihalang Ratna yang berpendapat raknnya itu sedang sedikit bermosi kerana dituduh merupakan seorang transgender.

“Kalau saya orangnya berani. Kalau saya telanjang sekarang nggak apa-apa,” tegas Lucinta memetik portal online Kapan Lagi.

Dituduh Sebenarnya Lelaki, Penyanyi Dangdut, Lucinta Luna Sanggup Bogel Untuk Buktikan Dia Wanita Asli

Pihak media yang hadir bagaimanapun hanya ingin Lucinta menunjukkan kad pengenalannya atau bukti bertulis lain bagi membuktikan perkara tersebut, namun ditolak Lucinta dengan alasan tidak membawa dokumen-dokumen tersebut.

“Nanti ya, jangan sekarang,” ucap Lucinta.

Ratna kemudian bertindak menceritakan tentang kenangan membesar bersama Lucinta yang dikatakan dikenalinya sejak kecil oleh kerana mereka berdua hidup berjiran.

“Saya kenal dari kecil karena kebetulan jiran tetangga. Dia sudah seperti adik saya sendiri. Dia itu girly banget. Dia girly tapi agak tomboi sedikit sih.

“Terus suatu saat saya pindah ke Jakarta jadi sudah lama tidak bertemu. Tapi ketemu lagi selepas kita berdua menceburi dunia entertaintment bersama-sama,” jelas Ratna.

Dituduh Sebenarnya Lelaki, Penyanyi Dangdut, Lucinta Luna Sanggup Bogel Untuk Buktikan Dia Wanita Asli

Lapor portal Grid.id, beberapa hari selepas menawarkan untuk berbogel di hadapan pihak media, Lucinta juga sekali lagi berniat berbuat demikian ketika ditanya perkara berkenaan dalam satu wawancara berasingan.

Tulis artikel tersebut, Lucinta sekali lagi ingin membogelkan dirinya ketika diminta untuk menunjukkan kad identiti bagi membuktikan dia sebenarnya seorang wanita dan bukannya seorang lelaki.

“Nanti ada saatnya akan aku tunjukkan (kad pengenalan),” katanya.

Apa-apa pun, kejadian lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya ini dilihat semakin menjadi-jadi sekarang ini. Apa salahnya tunjukkan sahaja dokumen-dokumen yang sah untuk memastikan isu ini diselesaikan terus.

Berani kerana benar, betul tak?

Sumber : koleksigambarpelik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *