Cinta memang membutakan. Tidak hairanlah bermacam kes kita dengar dan baca di media sosial yang terjadi kerana butanya manusia kerana cinta. Kalau sesebuah hubungan disulami makian dan kejian, sudah tentu ada yang tidak kena dengannya.

Seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang terpaksa berhadapan dengan teman lelakinya yang menunjuk lagak samseng. Memang melampau! Rosakkan harta gf, suruh cari duit.

Seorang netizen meluahkan rasa geramnya dengan teman lelaki kepada rakannya yang bertindak melampau dengan merosakkan kereta kawannya itu. Tambah menimbulkan kemarahan, lelaki tersebut meminta teman wanitanya itu bekerja untuk memberi duit kepadanya yang menganggur.
Jangan cabar aku la b*bi

Turut disertakan adalah screenshot perbualan pasangan itu yang menunjukkan makian dan tohmahan yang dihadapi gadis malang berkenaan yang disumpah seranah. Turut menambah bara, lelaki tersebut mengugut ingin menjual kereta gadis selain menyuruh gadis itu bekerja.
Kau relaks je perempuan.

Bukan sekadar ugutan, perbualan aplikasi Whatsapp itu juga menunjukkan lelaki berkenaan merosakkan bahagian radio dan komponen dalam kereta gadis itu. Tambah lelaki itu, perbuatannya adalah akibat keengganan kekasihnya menurut permintaan untuk berusaha memberi wang.
Akhirnya…


Lelaki durjana itu kemudiannya berjaya dicekup anggota polis setelah rakan sepejabat kekasihnya itu memanggil pihak berkuasa. Bagaimanapun gadis malang berkenaan itu dikatakan ditumbuk berkali-kali sehingga mengalami bengkak.
Dah miskin ada hati nak bercinta

Sumber: Indah Eein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *