Mengimbau kembali 40 tahun perjalanan Majalah Jelita daripada mula diperkenalkan di mata umum hingga ke hari ini.

Tanggal Ogos 1976 merupakan tarikh yang amat bermakna buat majalah Jelita. Pada bulan itu, majalah Jelita mula ditubuhkan dan gadis yang menghiasi muka depan majalah Jelita yang pertama ialah Cik Teh Faridah Ahmad Norizan. Cik Teh Faridah waktu itu baru berusia 19 tahun dan merupakan seorang Pegawai Pemasaran dengan Korean Airlines di ibu kota.

Teh Faridah juga pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik dan antara model yang sedang naik namanya ketika itu. Gelaran ratu yang paling baru disandangnya ialah Ratu Malaysia 1976 pada masa penggambaran dijalankan.

Pada tahun 1980-an, Jelita mula membuat sedikit perubahan daripada segi pemilihan warna untuk muka depan. Warna yang dipilih lebih ceria dan menonjol seiiring dengan perubahan isi kandungannya yang lebih padat dan penuh dngan informasi. Malah, muka surat Jelita juga bertambah hampir 40% daripada jumlah asal.

Jelita mula memperkenalkan edisi perkahwinan pada tahun 1990-an. Ia merupakan antara daya penarik Jelita sejak mula diperkenalkan. Edisi perkahwinan memaparkan pelbagai informasi dan tip untuk bakal raja sehari. Ada juga idea dekorasi hantaran, pelamin dan rekaan busana menarik untuk mempelai.

Pada November 1991, Jelita telah mencatatkan jualan tertinggi yang menghampiri 120,000 naskah. Penghias wajah depan isu itu adalah Ramona Rahman untuk edisi perkahwinan.

Tahun 2000, susun atur baru majalah Jelita mula dilaksanakan. Waktu ini susun atur gambar dan juga isi kandungan majalah banyak berubah mengikut trend terkini. Selebriti terkenal banyak menghiasi wajah depan majalah Jelita. Selain itu, Jelita juga antara majalah wanita yang terpilih untuk menyiarkan kisah perkahwinan diraja Perak di antara Raja Nazrin dan Tuanku Zara.

Tahun 2016 menandakan era baru buat majalah Jelita. Kini di bawah naungan syarikat penerbitan yang baru, Jelita tampil lebih elegan namun masih mengekalkan ciri-ciri wanita Jelita. Pada Januari 2016, Jelita kembali dnegna gaya lebih segar. Penyeri muka depan membariskan lapan selebriti Malaysia yang terkenal dalam pelbagai era iaitu Dynas Mokhtar, Amy Mastura, Fara Fauzana, Fauziah Latiff, Khadijah Ibrahim, Rita Rudaini, Erra Fazira dan Salamiah Hassan.

Jom layan gambar Ramona Rahman yang terbaru.

Still Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *