Salah satu perkara penting dalam diri setiap individu adalah pendidikan. Ini kerana pendidikan boleh menentukan arah dan tujuan hidup seseorang sehingga mempunyai masa depan yang cerah.

Tetapi, terdapat banyak faktor yang menentukan kejayaan bagi seorang pelajar. Salah satunya adalah kelas yang tidak membosankan.

Seorang pensyarah dari Universiti Busan, Korea Selatan itu mungkin akan membuatkan anda tidak berasa bosan apabila setiap kali tiba sesi pembelajaran.

Hyunseo Park, bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik, malah turut mempunyai kelulusan yang melayakkan beliau menjadi tenaga pengajar atau erti kata lain beauty with brain.

Wanita berusia 30 tahun yang juga model sambilan itu menjadi tular di laman sosial terutama dalam kalangan pelajar universiti selepas beliau memuat naik beberapa keping gambar di Instagram miliknya yang kelihatan seksi dan menawan.

Sumber: Taikotai.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *