Kebiasaanya seorang Muslim yang memegang anjing selalu menjadi topik yang hangat di Malaysia. Sebab itu hampir semua orang Islam di Malaysia selalu cuba untuk jauhkan diri daripada perkara-perkara mengenai anjing supaya tidak menyentuh perkara yang sensif dan memulakan peperangan mulut atau keyboard.

Baru-baru ini terdapat seorang gadis Melayu Islam yang mencetus kontroversi hangat apabila digambarkan menyelemat seekor anjing dan juga berpakaian serba seksi.

Sebuah page Facebook Politicalgags telah menguploadkan gambar itu dengan status “Jangan lihat pada rupa sahaja untuk menilai seseorang. Kadangkala hati seseorang lebih mulia dari wanita Islam lain yang memakai hijab”

Admin page itu juga bersimpati kepada gadis Melayu Islam ini dan menyatakan bawaha orang Islam yang tidak menutup aurat bukanlah pelacur dan perangai macam syaitan.

Gadis Melayu Islam ini bernama Ika Zy.

Gambar ini didapati dari laman Facebook sebuah persatuan penyelamat haiwan “KL Pooch the Rescue” pada November 27 tahun lepas. Ika dan kawan lelakinya Eric terserempak dengan seekor anjing kelaparan di tepi jalan dan teru membantunya dan memanggil persatuan itu.

Ramai yang kecamkan perbuatannya dan juga hanya fokus kepada ketampilannya

Walaupu terdapat banyak komen-komen dari rakyat Melayu Islam yang mengritik Ika sebagai seorang Melayu Islam, ada juga yang menyokongnya disebabkan kebaikannya dan rasa tiada apa masalah tentang apa yang dia lakukan.

Yang menariknya semua komen di laman Facebook “KL Pooch the Rescue” hanyalah komen yang positif sahaja yang memberi banyak pujian pada Ika.

Masalahnya yang mencetus debat hangat adalah disebabkan banyak pembaca yang fokus kepada apa yang Ika pakai di dalam gambar-gambar yang di muat naik yang memang jelas tidak menutup aurat dengan mendedahkan rambut dan juga susuk tubuhnya.

Ika melawan balik! “Saya bukan hipokrit!”

Selepas di kritik sekumpulan orang Islam, dia berkata “Yang penting, saya bukan seorang hipokrit. Saya tidak bangun tiap-tiap pagi hanya untuk memenuhi kemahuan anda”

“Saya selalu percaya, walaupun orang itu tidak memakai tudung tetapi hatinya mulia

Ika menekankan bahawan perikemanusiaan harus di utamakan.

Dalam laman Facebooknya, Ika Zy kita boleh melihat yang Ika memang tidak memakai tudung dan menutup aurat. Tetapi dia amatlah sayang kepada haiwan-haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *