Sedar tidak sedar sudah lebih setahun pasangan yang sama cantik dan sama padan, Jep Sepahtu dan Sariyanti mendirikan rumahtangga. Dan kini pasangan ini sedang menantikan kehadiran cahayamata pertama mereka tidak lama lagi.

Bertempat di Shah Alam hari ini, keluarga Sariyanti telah pun mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk Sari Yanti.

Bertemakan warna kuning dan kelabu, majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga Sinar seperti Rahim dan rakan rapat Sariyanti iaitu Puteri Sarah Liyana serta keluarga terdekat dan juga rakan rapat mereka. Untuk makluman menurut Sariyanti, beliau akan bersalin sekitar dalam bulan Mei nanti.

Lebih selesa tidak mengumumkan jantina kelahiran bayi mereka, kami di Sinar mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk pasangan ini.

Lihat foto-foto eksklusif sekitar majlis ‘baby shower’ di laman web, Facebook dan juga Instagram sinar.my

Keluarga bahagia @jepsepahtu dan @sariyanti … #sinarkongsi

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

@sariyanti yang berseri-seri di majlis ‘baby shower’ untuknya hari ini…

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Sumber: sinar.my

Kredit : kecohbetul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *