Nombor plat kenderaan Malaysia merupakan plat nombor yang perlu dipamerkan semua kenderaan bermotor yang didaftar di Malaysia. Pengeluaran plat lesen ini dikawal dan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Baru-baru ini, jadi tular di laman Facebook setelah status yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna telah teruk dikecam orang ramai, akibat kebodohan pengguna itu sendiri.

Status yang telah dimuatnaik oleh Mona Syamimi Mohd Samsuddin yang mempersoalkan mengapa sebuah kereta Proton Perdana bernombor pendaftaran Z8 dibenarkan melalui plaza tol tanpa perlu membuat sebarang bayaran.


Bodoh tu simpan sikit

Status Mona itu kemudian telah menjadi tular setelah mendapat perhatian ramai netizen. Rata-rata mereka terkejut dengan tahap pengetahuan am Mona yang rendah kerana tidak mengetahui siapakah pemilik kepada kenderaan bernombor pendaftaran Z8 itu.

Yang ni pulak apa?

Selain Mona, turut terdapat beberapa orang pengguna yang lain yang memang selama ini tidak mengetahui fungsi kenderaan bernombor pendaftaran Z ini.


Sila hadam ye kawan-kawan
Bagi mereka yang tidak mengetahui, nombor pendaftaraan kenderaan yang bermula daripada huruf Z adalah untuk kegunaan pihak tentera dan tidak boleh digunakan oleh orang awam, termasuklah anggota polis.

Untuk makluman semua, kenderaan rasmi ATM memang tak payah bayar tol.

Saya bagitahu supaya tak timbul fitnah. Bukan kereta rasmi untuk pangkat Jeneral saja yang tak perlu bayar tol, segala jenis kenderaan bermula Z. Kalau kalian kenal kereta perisai ACV 300 nama Adnan tu pun sekali la, memang tol dikecualikan.

Kang ada pula nampak saya naik kenderaan tentera bermula ZL, lepas tu viralkan sebab lalu tol tak bayar. Tak baik ya. Tanyalah elok-elok. Saya betulkan tanggapan tu.

ATM ni lah yang menjaga perairan, udara, sempadan negara. Kerana mereka inilah kita semua boleh tidur lena malam-malam. Hidup tenteram pun sebab ada mereka yang bertugas tak tentu masa. Kita tak nampak apa kerja mereka tapi tanpa mereka ni, huru hara kita.

Bersyukur lah Malaysia masih aman ya.

Awalan huruf plat

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

A = Perak B = Selangor C = Pahang
D = Kelantan (Nota : D hanya diperuntukkan setelah Kelantan dan Terengganu berpisah daripada berkongsi plat T – Timur). E = Sabah (sebelum tahun 1980-an) EJ: Jesselton (sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968)

ES: Sandakan ET: Tawau ED: Lahad Datu EU: Keningau EK: Kudat EL: Labuan F = Putrajaya (mulai Jun 2016)[1] G = Gagasan 1Malaysia H = Teksi (diikuti dengan huruf negeri) HA : Perak HB : Selangor HC : Pahang HD : Kelantan
HJ : Johor HK : Kedah HL : Labuan
HM : Melaka HN : Negeri Sembilan
HP : Pulau Pinang

HQ : Sarawak HS : Sabah HT : Terengganu HW : Kuala Lumpur J = Johor K = Kedah KV = Langkawi L = Labuan M = Melaka N = Negeri Sembilan P = Pulau Pinang Q = Sarawak QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman dan Betong QC:

Samarahan QL: Limbang dan Lawas
QM: Miri QP: Kapit QR: Sarikei QS: Sibu dan Mukah QT: Bintulu
R = Perlis S = Sabah (ditukar daripada E) SA: Kota Kinabalu SB: Beaufort SD: Lahad Datu SK: Kudat
SS: Sandakan ST: Tawau SU:

Keningau T = Terengganu (Nota: Sebelumnya berkongsi dengan Kelantan (daerah Timur)) V = Kuala Lumpur (siri kedua; mulai Julai 2016)[1] W = Kuala Lumpur (siri pertama)

Z = Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Z: Panglima Angkatan Tentera, (Pemerintah Tertinggi ATM) ZA – ZD: Tentera Darat Malaysia (TDM) ZL: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ZU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JZ & JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF)

Nombor Plat Khas

Putrajaya : Hanya dikeluarkan semasa Wilayah Persekutuan Putrajaya dibuka PROTON : Hanya dikeluarkan untuk kereta PROTON tertentu

Tiara : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Tiara Perdana : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Perdana Satria : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Satria Chancellor : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Chancellor Waja

Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Waja PERODUA : Hanya dikeluarkan untuk kereta PERODUA tertentu NAZA : Hanya dikeluarkan untuk kereta NAZA tertentu LOTUS : Hanya dikeluarkan untuk kereta LOTUS tertentu Kriss

Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Kriss Jaguh : Hanya dikeluarkan untuk motorsikal Modenas Jaguh

BAMBee : Hanya dikeluarkan semasa Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur SUKOM : Hanya dikeluarkan semasa Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur

X OIC : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur XIII NAM : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur XI ASEAN : Hanya dikeluarkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur

XXX IDB : Hanya dikeluarkan kepada peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam G1M : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, bermaksud Gagasan 1 Malaysia

1M4U : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth Patriot : Hanya dikeluarkan kepada ahli sukarelawan Yayasan Patriot Negara Malaysia TTB : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Slogan ‘Transformasi Terengganu Baharu’ oleh kerajaan negeri Terengganu

GT : Hanya ditawarkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia Putra : Hanya dikeluarkan untuk kereta Proton Putra VIP : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017 GP : Hanya dikeluarkan untuk kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group

DRB-HICOM SAS : Dikeluarkan sempena Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40 dan hanya digunapakai oleh baginda sahaja PERFECT : Hanya dikeluarkan sempena Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia RIMAU : Hanya dikeluarkan sempena Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9

Sumber : manifesto.website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *