Beberapa hari lepas seorang artis baru dikecam oleh netizen dan peminat di media sosial apabila beliau telah mengeluarkan satu kenyataan dalam twitternya untuk bersedekah kepada anak yatim sebanyak RM100 sambil meminta anak anak yatim yang mahukan dermanya supaya direct message akaun twitternya.

Walaubagaimanapun seorang netizen yang juga merupakan follower dan peminat Haqiem Rusli menegur tindakan artis beru lelaki tersebut adalah lebih baik untuk bersedekah secara diam di tabung masjid dan tidak perlu untuk mengeluarkan kenyataan di twitter untuk bersedekah. Selain itu netizen tersebut juga turut menggelar tindakan Haqiem Rusli tersebut sama dengan Badang Terlajak Laris iaitu jutawan kosmetik terkenal dengan perbuatannya yang sering menunjjukkan kebaikan yang dilakukan.

Haqiem Rusli yang seolah olah tidak berapa selesa dengan teguran tersebut membalas kenyataan akaun twitter Nasir Pasir supaya cermin diri sebelum menegurnya. Selepas beberapa ketika netizen yang menegur Haqiem Rusli tersebut menyedari akaun twitternya telah di block sendiri oleh Haqiem Rusli . Netizen tersebut memuat naik screenshot twitternya bersama Haqiem Rusli.

Tweet netizen tersebut telah mendapat ribuan retweet ekoran dari netizen tersebut mendapat banyak sokongan dari netizen yang lain. Selain itu akaun twitter Haqiem Rusli juga turut dihentam teruk kerana perbuataannya itu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *