Hati isteri mana yang tidak hancur apabila kebahagiaan rumah tangga yang berusia 2 tahun diregut oleh orang lain.Lebih memilukan apabila orang ketiga itu adalah merupakan seorang lelaki (Gay)

Wanita berusia 30 tahun itu tidak dapat menahan sembilu hatinya,dia terus menangis di ruang tunggu pengadilan agama pada 16 januari lalu.

“Kalau perempuan saya masih boleh terima,ini lelaki” kata May yang menggugat cerai.

May berkata dia baru mengetahui suaminya itu memiliki perilaku menyimpang selepas di tangkap khalwat dengan lelaki dua hari lalu disebuah hotel,sejak daripada itu dia mulai menyelidik akaun facebook suaminya yang selama ini tidak pernah dia ambil peduli kerana terlalu sibuk bekerja.

Kecurigaan May bertambah kuat apabila mendapati Friend lists akaun milik suaminya hampir semuanya lelaki,lain daripada itu chat suami dengan lelaki lain juga sangat menjijikkan.katanya

Selepas mendapatkan bukti-bukti kukuh May mengadukan hal tersebut kepada martuanya dan memutuskan untuk cerai .

“Ibu dan bapanya sangat terkejut,sampai mereka semput mendengar pengakuan anaknya,saya sebenarnya kasihan melihat mereka,tapi nak buat macam mana”kata may.

Bagaimana pun dalam sidang semalam,pihak Hakim cuba memujuk May untuk berunding bagi menyelamatkan bahtera rumah tangganya,namun May enggan memberi kerja sama.

“Setahun Kami Berkahwin, Dia Tak Pernah Sentuh Saya” – Derita Isteri Bersuamikan Gay

Setiap insan mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan. Namun, keruntuhan rumahtangga itu boleh terjadi disebabkan beberapa faktor yang tak diundang.

Cuba anda bayangkan, bagaimana sekiranya anda sudah berkahwin selama setahun tetapi sekalipun anda tidak pernah ‘bersama’ dengan pasangan.

Begitulah kisah yang diceritakan oleh pengguna Facebook, Syahr Musafir beberapa hari lalu. Beliau telah didatangi oleh seorang wanita yang menceritakan sepanjang satu tahun berkahwin, suaminya sekalipun tidak pernah menyentuhnya. Bila ditanya sama ada dia lebih baik dengan rakan-rakan lelakinya, dia mengakui hal tersebut. Ya, suaminya adalah seorang homoseksual.

Pada mulanya, dia agak malu untuk bercerita. Tetapi disebabkan buntu dengan masalah tersebut, akhirnya dia menceritakan apa yang terjadi pada dirinya selama setahun berkahwin

“Bang, Kak… Saya nak beritahu sesuatu ni walaupun saya rasa malu…” wanita berusia akhir 20-an ini memulakan bicara. Suaranya tersekat-sekat.

Terasa seperti berat apa yang cuba diluahkan olehnya.

Kami memberi perhatian kepadanya.

“Saya bukan desperate, tetapi saya rasa something wrong. Sebab 12 bulan kami berkahwin secara sah, majlis pun agak besar dan tinggal bersama di kediaman yang selesa dalam keadaan kami berdua bekerjaya dan ada pendapatan, dia tak pernah sentuh saya. Lebih setahun kami kahwin, hinggalah kami bercerai, saya masih belum disentuh orang seperti anak dara,” ceritanya.

Sambungnya lagi, “Sampaikan saya meragui diri saya sendiri. Adakah saya tidak nampak wanita pada matanya, atau tiada ciri kewanitaan pada diri saya, atau dia tidak sukakan saya. Jika begitu, kenapa dia menikahi saya?”

Wanita dan air mata, tak pernah dapat dipisahkan. Suasana jadi sayu seakan babak Anna Althafunnisa’ bercerita kemusykilan kisahnya dengan Mas Furqan yang langsung tidak menyentuhnya setelah lama bernikah dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih.” Kali ini, ulang kisahnya dalam alam realiti melibatkan kami dan seorang ‘gadis’ muda bergelar janda ini.

Apabila ditanya sama ada bekas suaminya berkelakuan baik dengannya, dia mengiyakannya. Dan bila ditanya adakah lelaki itu lebih baik bersama rakan-rakan lelakinya, wanita itu mengangguk dan menjawab…

“Dia baik tak dengan kamu?” lama saya diam, akhirnya saya buka mulut.

“Dia baik,” jawabnya, pendek. Matanya menampung takungan jernih air mata.

“Dia baik dengan kamu. Tetapi dia lebih baik dengan rakan-rakan lelakinya?” soal saya lagi.
Dia mengangguk.

“Mungkin itulah jawapan kepada runtuhnya pernikahan ini,” tambah si dia sambil mengesat air mata di pipi.

Zaman-berzaman kita merisaukan ikhtilat atau pergaulan melebihi had antara lelaki dengan perempuan. Kita tidak mahu berlaku sesuatu yang melampaui batas. Kita mohon dijauhkan daripada ‘bala’ ada gadis mengandung di luar nikah dan seangkatan dengannya.

Zaman kini kita perlu lebih takutkan perhubungan lelaki dan lelaki yang terlalu akrab. Zaman kini kita perlu lebih takutkan perhubungan wanita dan wanita yang melampaui batas. Sebab isu-isu ini lebih misteri tetapi berlaku senyap-senyap tanpa ada kesan bunyi. Tak ternampak dek mata, tak terdengar dek telinga dan tak terhidu dek hidung. Hari ini kita perlu tegaskan bahawa persahabatan sesama jantina juga ADA BATASNYA dan berhak untuk mendapat pantauan oleh ibu bapa.

Menurut Syahr Musafir, sesiapa yang mengalami masalah seumpama itu, mereka seharusnya mendapatkan rawatan secepatnya. Tidak kiralah dari segi psikologi mahupun perubatan.

Saya sarankan sesiapa sahaja sama ada diri sendiri atau pasangan yang ada masalah sebegini bercepat-cepatlah dapatkan bantuan atau rawatan tidak kira dari segi psikologi dan perubatan, lebih-lebih lagi dari segi spiritual dan agama. TIGA BULAN bernikah boleh dijadikan ‘buffer time’ tetapi jika melebihi tempoh ini, sudah cukup lama untuk ‘mengagak’ jika pasangan punya isu (sama ada masalah gay, lesbian atau masalah kelamin lain) dan jangan menunggu lagi. Dapatkanlah bantuan dan rawatan. JANGAN MALU. Paling kurang, beritahu ibu bapa masing-masing atau orang rapat (yang telah berkahwin) yang dipercayai untuk penyelesaian, bukan sembang kosong tanpa tindakan wajar.

Mati pucuk bukan kesalahan tetapi harus diberi rawatan. Kecenderungan menyeleweng sebegini tidak wajar diteruskan dan wajib dibetulkan!

SATU LAGI! Berkawanlah baik-baik, tetapi jangan pernah melebihkan kawan berbanding isteri dan keluarga, apatah lagi mengabaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *