Sememangnya perbuatan lelaki ini sudah keterlaluan dan tidak boleh diterima dek akal.

Malah di zaman ini sudah ramai kanak-kanak, remaja bahkan orang dewasa yang kelakuannya boleh dikategorikan sebagai “DARURAT”.

Seperti yang terjadi baru-baru ini sekumpulan lelaki yang tidak dinyatakan asalnya berkongai gambar-gambar semasa ‘pesta’ membakar kucing-kucing.

Dipetik dari laman Xpander.com, lima ekor haiwan peliharaan yang selama ini amat dekat dengan manusia itu akan dibakar.

Kucing-kucing itu diikat kakinya, digantung di sebatang kayu dan di sekitarnya telah disiapkan kayu pembakar.

Gambar-gambar itu juga telah dikongsikan oleh akaun instagram ratu.gosip pada awal bulan yang lalu.

Akaun ini menulis statusnya: @ratu.gosip: Hei kalian !!!!!! Semalam netizen sudah amat marah kerana kucing kamu jadikan seolah-olah seperti bola, sekarang kamu makan kucing-kucing itu !!!!!

Lelaki-lelaki tersebut ada yang memegang senjata panjang seperti menunjukkan mereka baru sahaja memburu kucing-kucing tersebut.

Sekumpulan lelaki telah memburu kucing-kucing kemudiab dipotong dan akan dibakar untuk dimakan bersama minuman keras. Gambar-gambar mereka ini menjadi viral kerana perbuatan keji dan kejam mereka terhadap haiwan tersebut.

Sebahagian netizen berasa amat marah dengan perbuatan kumpulan lelaki tersebut dan sebahagian lainnya sedih melihat kucing yang comel itu mati disembelih!

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *