Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua.

Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani.

Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

Mengetahui Masuk Waktu Solat

Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan

Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.

Kiblat

Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah

Menutup Aurat

Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut

Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan

Mengetahui Cara Mengerjakan Solat

Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat

Bersih dari Hadas

bersih dari hadas kecil dan hadas besar

Bersih dari Najis

Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat

Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya

Berhenti dari berkata-kata

Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa

Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf

Meninggal atau melebihkan Rukun

Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali

Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

Sumber: SirapLimau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *