Siapa cakap makin tua makin tak cantik? Kajian terbaru mendedahkan, wanita mencapai tahap kecantikan paling sempurna pada usia 31 tahun.

Kajian keatas dua ribu lelaki dan wanita di Britain mendapati, kecantikan seseorang wanita itu bukan hanya dari paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.
Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita kelihatan cantik apabila mereka berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.

67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 pula peratus melihat kecantikan berdasarkan penampilan.
Hasil penelitian sebagai berikut :

– Daya tarik wanita mencapai puncaknya pada usia 30 tahun
– Tanda penuaan mulai muncul pada usia 41 tahun
– Mulai tidak merasa seksi di usia 53 tahun
– Mulai terlihat tua di usia 55 tahun

Mengikut laporan itu, wanita dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Kajian juga menyebut, wanita berusia 30an jauh lebih cantik berbanding gadis berusia 18, 19 atau awal 20an.

Sumber: Taiko TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *