Negara Jepun adalah sebuah negara yang kebanyakkan ideanya tidak dapat ditandingi oleh negara-negara lain. Satu-satunya perkara yang perlu kita lakukan hanyalah perlu bersantai dan melihat idea-idea yang menarik dari negara Jepun ini.

Pasukan Iluminasi turut santai menonton rancangan TV Jepun yang menghiburkan ini. Jadi kami memilih hiburan TV paling menarik dan paling sesuai dari negara matahari terbit ini.

1. Istana Takeshi
Pertunjukan asal melibatkan antara 100 hingga 142 peserta yang akan menentang Jeneral Tani (Hayato Tani) dan pasukannya. Istana Takeshi menjadi satu rangkaian cabaran fizikal mempunyai banyak halangan dan rintangan untuk menghilangkan banyak peserta.

Setiap pertunjukan akan selesai dengan “Showdown Final” di mana Count Takeshi (Kitano) dihadapkan oleh peserta lain yang berjaya melepasi halangan-halangan yang ada. Dalam episod awal, mereka akan menyerang istana itu sendiri dalam serangan pistol air jarak pendek.

Episod kemudian memperkenalkan kereta perisai dengan cincin kertas. Akhirnya laser dan sasaran sensitif cahaya digunakan untuk menghancurkan cincin kertas tersebut. Sekiranya senjata peserta berjaya menembusi cincin kertas atau terkena pada sensor kereta perisai Takeshi dengan menggunakan senjata seperti pistol air besar dan kereta bersenjata laser, maka kereta Takeshi dinyah aktifkan.

Apabila kereta tidak berfungsi makan istana tersebut akan dijajah dan pemain tersebut akan menang. Pemain yang berjaya berada di Istana Takeshi akan memenangi 1 juta yen (dianggarkan dilai tersebut sekitar RM32,000 pada waktu itu). Sepanjang siri Istana Takeshi hanya sembilan orang peserta yang berjaya memenangi dalam acara itu.

Siri ini dirakamkan di kampus tetap di Midoriyama milik TBS (Green Mountain) Studios yang mempunyai landskap yang luas termasuk tasik buatan manusia yang besar dan halangan kekal di Yokohama, Jepun. Episod akhir Istana Takeshi disiarkan pada 14 April 1989. Rancangan ini telah mendapat sambutan hangat di serata dunia.

2. Gaki No Tsukai (No Task For A Kids)
Gaki No Tsukai adalah konsep rancangan tv Jepun yang hebat dan memukau untuk ditonton. Mula ditayangkan pada tahun 1989 dan masih ditayangkan sehingga kini. Bagi penulis, rancangan Gaki No Tsukai adalah berkali-kali ganda lebih menyeronokkan dan kelakar berbanding rancangan Korea-Running Man.

Rancangan ini memiliki banyak segmen atau permainan yang biasanya dimainkan oleh komedian terkenal Jepun seperti Masatoshi Hamada, Hitoshi Matsumoto dan Hōsei Tsukitei. Antara segmen yang terkemuka adalah “no laughing hospital” dan “wall of boxes”.

Segmen “Wall of Boxes” menampilkan beberapa orang peserta digantung dengan tali dan terpaksa duduk di atas kotak yang disusun tinggi. Kemudian pemain perlu bergantung kepada nasib mereka memilih nombor untuk menyaksikan apa yang akan dikeluarkan host untuk memusnahkan kotak mereka.

Segmen “No Laughing Hospital” pula berkisar tentang ujian-ujian kelakar yang terpaksa dihadapi pemain. Pemain dilarang sama sekali untuk gelak ataupun berdengus ketawa walau hanya sekali. Mereka akan didenda dengan denda-denda yang pelik. Bagi penulis segmen ini adalah segmen paling sakit perut menontot kerana kita sebagai penonton pun tak boleh tahan untuk gelak.

3. Brain Wall
Brain Wall adalah serpihan dari pertunjukan permainan tv Jepun iaitu Tonneruzu no Minasan no Okage deshita. Klip video permainan ini mendapat perhatian yang meluas di laman web perkongsian video dan konsepnya diterima pakai oleh beberapa buah negara termasuk negara Malaysia.

Di Malaysia ia dikenali sebagai rancangan Bolos Saja Dinding Itu yang dikendalikan oleh Zizan Razak. Permainan ini menjadi popular di seluruh dunia dan ia lebih dikenali sebagai Tetris Manusia atau Hole in The Wall. Ia dinamakan begitu sempena gabungan antara fizikal seseorang dan terdapat persamaan antara peraturan permainan video Tetris.

Setiap peserta harus memakai topi keledar,pad siku,pad lutut dan baju berkain spandex berwarna perak atau emas dan berdiri di kawasan main. Dinding diperbuat daripada styrofoam yang mempunyai ketinggian 7.5 kaki dan lebar 13 kaki. Dinding tersebut akan dipotong supaya berlubang menyerupai blok Tetris. Dinding akan diturunkan dan bergerak ke arah peserta sepanjang 15 meter laluan.

Peserta perlu memanfaatkan kecerdasan mereka dalam beberapa saat untuk mencari kedudukan atau posisi yang akan membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk masuk ke dalam lubang dinding tersebut.

Episod seterusnya tampil dengan melibatkan penggunaan bentuk yang lebih rumit seperti kata-kata, bentuk perabot, bentuk orang dan juga bentuk yang rumit. Peserta biasanya perlu mendapat posisi dan melenturkan badan mereka dengan tangkas agar sesuai dengan lubang di dinding.

Sekiranya peserta gagal merentasi lubang, mereka ditolak oleh dinding tersebut ke dalam kolam air yang berada dalam jarak 1.5 meter di belakang mereka. Mata tidak akan diberikan jika peserta jatuh ke dalam kolam air. Mata diberikan jika peserta dalam pusingan berjaya melintasi dinding Styrofoam sepenuhnya.

4. Slippery Stairs
Rancangan permainan TV Jepun memang terbaik apabila sekali lagi datang dengan satu permainan yang membiarkan sesama pesaing jatuh ke tempat asal. Slippery Stairs merupakan permainan hebat yang terdiri daripada enam orang peserta memakai pakaian lycra berwarna akan bertanding untuk menaiki tangga sehingga ke puncak. Setiap peserta akan berlawan habis-habisan untuk capai ke puncak kerana terdapat harta karun di atas puncak tersebut.

Selain harta karun terdapat pili gergasi akan mengeluarkan cecair pelincir dan baldi minyak dicurahkan di atas tangga tersebut. Sementara itu penyokong mereka tidak tahan ketawa apabila melihat gelagat para peserta yang bertanding. Kesan bunyi yang sangat baik menambah lagi tahap dramatik permainan ini.

Apabila ada seorang peserta yang hampir sampai ke puncak, para peserta lain akan cuba untuk mengagalkan usaha peserta tersebut untuk sampai ke puncak. Mereka akan cuba menarik peserta tersebut supaya kehilangan kedudukan dan berada di belakang mereka semula.

Begitu susah sekali permainan ini kerana anda penat dan perlu berhati-hati untuk menaiki tangga yang licin serta mengelak diri daripada pihak lawan menjatuhkan anda.

Klip video Slippery Stairs pernah menjadi viral di seluruh Internet dan terdapat versi permainan ini di beberapa buah negara. Hebatkan idea rancangan TV Jepun ini.

5. Candy Or Not Candy?
Sejak di bangku sekolah lagi kita diajar supaya tidak memakan sebarang objek yang bukan makanan seperti perabot, kasut, meja, sofa dan pelbagai lagi objek yang terdapat di muka bumi ini. Tetapi apa yang anda bakal lihat dalam rancangan “Candy Or Not Candy?” adalah di mana kasut tersebut boleh dimakan.

Rancangan permainan ini menunjukkan bahawa para selibitri dari Jepun akan meletakkan barang-barang rawak ke dalam mulut mereka dan berharap supaya mereka akan dapat merasakan sesuatu yang manis.

Acara ini mempunyai peraturan sangat mudah, dimana setiap peserta akan diberi objek oleh pengacara rancangan tersebut. Peserta perlu meneka mana satu objek yang dikehendakinya dengan meletak objek tersebut ke dalam mulut dan menggigitnya sambil melihat pada lensa kamera dengan memek muka yang penuh tanda tanya. Jika muka was-was kemungkinan itu adalah objek manakala jika muka kelihatan gembira kemungkinan ianya adalah coklat.

Anda boleh lihat bagaimana tombol pintu kelihatan sangat betul seperti diperbuat daripada logam, padahal ianya tombol pintu yang dibuat daripada coklat. Acara ini tidak mempunyai pemenang sebaliknya mereka perlu mengharapkan kasut itu adalah coklat bukan kasut yang betul. Jika tidak, mereka akan menggigit kasut kulit yang sebenar. Ewwwwww, sanggupkah anda menggigit kasut?

Memang menghiburkan jika menonton rancangan tv Jepun ini. Nantikan sambungan seterusnya mengenai rancangan tv jepun yang pasti mencuit hati anda. Semoga anda semua terhibur.

sumber: iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *